Thursday, June 28, 2012

Demi Masa...

.



Kalaulah alat perakam waktu rosak menyebabkan waktu yang sebenar juga rosak, apa akan jadi agaknya?


Masa mengalir seperti angin, hanyut seperti tunggul reput di kuala, menderu seperti taufan monsoon... semuanya bergantung kepada perasaan kita. Pada detik masa diciptakan, iaitu pada detik pertama ia berdetik [mengikut ijmak sains barat, masa berdetik mula selepas Planck Time iaitu 1x10kuasa(-43), Max Planck menggabungkan gravity dan kelajuan cahaya di dalam hampagas untuk menghasilkan kajiannya. Domain kajiannya ialah dimensional analysis], ia terus mengalir merentasi alam. Tiada manusia yang dapat menghalangnya.


Mungkin ada manusia yang boleh 'melambatkannya' tetapi lambat atau cepat adalah relatif. Seperti Sahabat Masa yang dikatakan boleh berada di beberapa tempat di dunia dalam sekelip mata. Masa ada penjaganya.

Seperti juga sirah Isra' & mikraj. Bagi seekor semut yang menumpang sebuah BMW M6 yang memecut dari KL ke JB dan pulang ke KL dalam satu malam, semut-semut yang lain pasti akan tercengang atau mengatakan semut yang itu tadi menipu. Semuanya gara-gara semut yang hanya sebesar semut dan semut-semut lain itu cuba memahami kejadian tersebut dengan akal sebesar otak semut.


Masa adalah misteri.... dan aku amat ingin mengetahuinya pada satu hari nanti, sama ada di dunia atau di akhirat nanti.







.

14 comments:

SM said...

selamat meneroka ke dalam dimensi yang ke-4 ini.

ckLah @xiiinam said...

Ada masanya, kita berharap masa cepat berlalu.
Ada masanya, kita tak mahu masa berlalu terlalu cepat.

Kan!



:-)

LydSunshine said...

Penah baca buku Harun Yahya tak tentang Takdir dan Masa. [Tajuk tepatnya dah lupa]. Ada jugak dijelaskan tentang masa ni. Agak menarik buku tu.

tasekM said...

dh ko rungkai misteri tu sok bgtau aku eh...



.

sepa said...

komen aku samadengan dak TM...

*selamat berbuka puasa*

sepa said...

bukan ke FGVH di senaraikan ari nih. apa criter bang.?! premium ada bagus, ka.?!

ibundo said...

yang pastinya masa di dunia tak sama dengan masa di akhirat...

Nizam.Ariff said...

SM,
aku nak ajak ko sekali...



Cklah,
kita nak apa yang kita suka saja, kita tak nak apa yang kita tak suka.. begitulah... kan?



LyDS,
Harun Yahya tu aku kenali dgn buku-buku sains fiksi kalau tak silap... tentang buku tu aku tak pasti tapi aku ada pernah baca ' Relung Cahaya; karya sapa ntah... masa aku form 4 dulu...



TM,
ceh... kalau aku tau, aku rahsiakan dari ko... hehehe




Sepa,
FGVH kalau ko dapat IPO, ko bertuah la...
kalau ko ada duit lebih dan ada orang nak jual kat open market, ko beli la sementara masih rendah. tapi macam Tun M kata, ia bergantubg kpd executive & managers FGVH untuk untung atau rugi. Aku tak kenal siapa dia org lagi dan kemampuan mereka lagi. Kalau dia org boleh naikkan share value, baguslah...



Kakpah,
itu dah pasti...

PariPariPutih said...

yg aku pasti apabila sampai masa utk ko mengadap ilahi... tidak dipercepatkan malah tidak pula diperlambatkan....


http://paripariputih.blogspot.com/2012/06/friday.html

Nizam.Ariff said...

PPP,
betul3x....
cuma kita tak tahu bila akan dijemput, jadi selalu beranggapan masih lewat lagi....

SM said...

pergh, aku terharu. tapi aku takut tersesat pulak. tak balik karang...

Nizam.Ariff said...

SM,
aku ajak ko sekali pun sebab aku takut tersesat kalau sorang-sorang.... hahaha

ASH said...

Ustaz Don cerita pasal Ikan pergi KLCC....

Ko buat cerita semut lak kan..

.
.
.
Macam sama jer..
hehe
.
.
.
tere la ko...boleh buat 30 minit Nizam Ariff!

Nizam.Ariff said...

Ash,
bukan cerita aku... itu cerita dari ustaz yg buat ceramah kat surau aku...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com