Wednesday, August 22, 2012

Peria oh Peria....

.

Beberapa hari sebelum hari raya, secara spesifiknya hari Khamis kerana hari itu ada pasar malam, aku beli bahan-bahan mentah untuk juadah hari raya. Ayam dara sunti 2 ekor dan daging batang pinang sekilo. Selebihnya adalah ramuan untuk merendang...


Dan di gerai sayur, aku terpandangkan sejenis peria yang aku belum pernah lihat. Aku tanya towkey, dia kata itu peria katak... peria jenis kampung. Aku suka peria yang dihiris nipis dan digoreng-tepung. Tapi aku tak pasti sama ada peria yang aku lihat itu jenis peria yang mana.





Dia kata peria yang itu lebih pahit dan lebih original...
Kemudian, aku tanya pula towkey, kalaulah yang itu ialah peria katak, apa pula peria yang ini?






Selama ini aku panggil peria yang kontot dan menggerutu itu peria katak. Apabila yang di atas tadi peria katak, peria yang kontot ini peria apa pula? Dan peria yang ini apa pula namanya?





Aku pening... Tapi aku tak makan.
Aku bawa balik rumah mak di kampung. Aku nak suruh mak makan dulu...






.

6 comments:

Lady Windsor said...

Setahu aku, yang tengah tu peria katak dan yg bawah tu aku panggil peria je. Yang menggerutu bagai tu aku tatau peria apa. Jus peria katak berkesan utk turunkan darah tinggi, tapi pahit nak mampus...yuckkk!

ibundo said...

Ada peria katak yang panjang macam tu? Aku ingat tu dah terlebih hormon. Peria yang kat bawah tu orang kampung aku panggil 'kambeh' i.e kambas kalau ikut kamus dewan bahasa. Aku rasa orang kampung aku lebih tepat lagi dalam membezakan yang kecil dan yang besar. Sedangkan rupanya pun beza kan?
Tapi bila dah campur dengan orang town kecik besar pun dilantak sebut peria.
Dulu aku tak suka makan benda yang pahit pahit ni tapi sejak dah tua-tua memang jadi kegemaran aku pulak. Selalu jugak buat jus peria campur dengan apple hijau. extract pakai juicer. Memang pure... Rasa pun buat kau lelap-lelap mata menikmatinya hehe..
selamat hari raya zam. Selamat hari raya juga pada isteri dan anak. Bila lagi anak tu nak bertukat jadi anak-anak..

sepa said...

peria feveret bang.

aku cuma tau peria jeh. kalau aku mgkn bezakan ikut kecerahan atau kehenseman. cthnya : peria last peria cerah lebih dan hensem lebih. cam tuh la lebih kurang.

kejap. ko dah makan peria tuh. camner rasa.?!

Nizam.Ariff said...

LW,
aku pun dengar macam tu.. dibuat jus tapi aku tak berani nak buat lagi la....




Kakpah,
kalau blend dengan buah pisang atau ais krim mungkin sedap sikit kut... hahaha

ambik anak kukcing je kut... senang nak bela, kalau buat perangai je boleh campak ke dalam longkang... hehehe




sepa,
orang kata peria yg lebih dark green lebih berkhasiat daripada yg cerah2...

ckLah @xiiinam said...

Elok dihadiahkan untuk orang orang diabetis macam...er.....macam...er....macam TasikM lah ( tak nak ngaku.....hehe). Khasiat lebih kurang tunjuk langit juga ni...
:-)

Nizam.Ariff said...

cklah,
ye ke tasekm pun diabetik?
nanti aku pos kat dia.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com