Wednesday, September 19, 2012

Puisi-puisi berbau erotik

.

Ada juga yang mempunyai imaginasi jauh tentang si pesona hati itu (entri sebelum ni), walhal telah pun diberitahu awal-awal. Tak apalah, si pesona hati itu merujuk kepada setan-setan yang suka membelai dan menutup telinga-telinga daripada azan subuh. Cuma aku olahkan dalam bentuk yang erotik.




Erotika Cinta

Aku ramas kerapas-kerapas cinta,
bersama syahwat menyelubungi jiwa,
dan ketika nikmat cinta capai kemuncaknya,
aku pun teran sekuat-sekuatnya,
mengeluarkan najis-najis cinta,
yang selama ini aku biarkannya
membusung dalam dada.



Dan juga yang ini...



Cinta yang aku tahu

Kerapas-kerapas bertalikan Cinta
Ramas gunung puncak berahi
Menanti rindu kelip-kelip berapi
panjang sedu menanti terang pelangi malam
Pabila sang bulan menerangi kerinduan
Cita pelukan hangat, adat malam ghairah itu
Fantasi cinta indah, detik tak termimpi
Cinta itu masih dimiliki, milik yang hakiki




Kedua-duanya pernah aku publish di MM dan di sini...
Agak-agaknya, apalah reaksinya nanti....






.

16 comments:

Kesuma Angsana said...

KA suka sgt!

Lady Windsor said...

ok meletopss tapi aku tak berapa masyukk sebab ada perkataan *ta**%k tu..

aku rasa kan...kalau nak puisi erotis bertambas erotis dan punya magis setajam mata pedang, ko kena elak guna diksi yang bersifat negatif..

err sorry ini pendapat aku yang dangkal jer la...kalau tak sker abaikan eh...

mekaseh!

Nizam.Ariff said...

KA,
suka yang erotis ek... hahaha




LW,
Oo.. yg bab najis tu ke?
Hahaha... kalau aku tukar najis tu kepada lain, puisi tu tak menepati maksud yg cuba disampaikan... orang akan ingat itu betul2 tentang erotik cinta... padahal bukan... aku cuma nak kaitkan bahawa cinta itu juga ada yang kotor...

sila ke entri asal di sini...
http://akuyangakut.blogspot.com/2011/07/blog-post_28.html

Lady Windsor said...

oo ok ok! aku faham dah...tapi aku tetap gak nak buat kenyataang tak mo guna word najis tu...hik! bermaharajalela macam entry aku sendiri pulak...ampun ehh!

Nizam.Ariff said...

LW,
aku rawk... ganas... keh keh
kena ada elemen busuk2 dan jijik baru masyuk dgn imej ..hahahaha

sudipVSsenduk said...

sambil baca sambil imagine...

LydSunshine said...

Ramas kerapas-kerapas. Sesungguhnya kosa kata saya sgt lemah. Najis2 cinta pulak.

Lady Windsor said...

bhahahaha baru aku perasan, najis2 cinta..adehhhh memacam...!!

Nizam.Ariff said...

Sudipvssenduk,
hihihi... akak jangan imagin aku tengah meneran ek.. tak baik taw... hahhaa



LyDS,
Cinta ada yang najis kalau bergalang nafsu jahat semata-mata...


LW,
keh keh keh... disitulah pusat tumpuan puisi ni...
cinta ada yang luhur, murni...

yang aku fokuskan di sini ialah sisi busuk cinta tu... tak ramai yang nak ceritakan sisi yang busuk ni...

LelakiSemalam said...

aku rasa akan nikmatnya....hehe

ckLah @xiiinam said...

Yalah...
Memang ada bau...
Kuat baunya...




:D

Nizam.Ariff said...

lelakisemalam,
aku pun.. keh keh keh



cklah,
bau wangi ke busuk?
hahaha

sepa said...

yer yer erotik. :D

"Purnama 14" lagi erotik, kot.! eh, bila lagi ko nak tulis ala2 "Purnama 14". hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa,
Blog aku hampir-hampir dilabel 18SX gara-gara cerita-cerita macam tu...

Tak nak la aku... .hahaha

tasekM said...

cinta itu suci.
yg busuk tu nafsu....



.

Nizam.Ariff said...

TM,
nafsu bersekongkol dgn cinta, cinta pun terpalit tahi... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com