Monday, November 12, 2012

Cara-cara selesaikan masalah secara kreatif lagi inventif...

.

Entri sebelum ini, aku ada dedahkan langkah-langkah yang biasa aku gunakan iaitu:
(nota: langkah-langkah ini telah disesuaikan untuk masalah yang melibatkan kontradiksi)

Apa masalahnya  -> Bina struktur kontradiksi -> Guided Brainstorming -> Pilih penyelesaian yang sesuai.




Langkah 1: Apa masalahnya?
Cuba kenal pasti apa sebenarnya masalah itu. Kadang-kadang yang ternampak cuma simptom sahaja dan bukan masalahnya. Contoh: Eh, berat badan aku dah naiklah, baju aku dah mengecut, bini aku kata aku dah tak macho. Bila diselidiki, didapati 'aku' dah kerap makan. Bukan disebabkan stress atau penyakit lain tetapi sebab suka makan. Apabila ditanya, kenapa 'aku' makan banyak, dia kata "aku suka makan, semuanya nampak sedap"


Langkah 2: Kontradiksi.
Tapi, 'aku' dah mula risau sebab bini dia kata dia dah tak nampak macho. Jadi, dia tak suka gemuk. Kontradiksi yang boleh dibuat ialah " Aku suka makan macam-macam TETAPI aku tak nak jadi gemuk "



Langkah 3: Guided Brainstorming.


Langkah ke-3 ini biasanya ialah langkah mencari penyelesaian masalah. Yang biasa kita dengar ialah 'brainstorming' dan 'mind mapping' sebagai perkakasan untuk menjadi penyelesaian. Tapi, masalahnya ialah dalam 'brainstorming' itu apa-apa sahaja menjadi kemungkinan dan kerap kali kita tak tahu nak mula dari mana.


Maka, dengan ini aku usulkan salah satu teknik untuk 'brainstorming' tapi aku panggil 'guided brainstorming'.

Kenapa 'guided brainstorming'?
Kerana kalau lepaskan semua 'brain' dalam 'storm', ditakuti nanti semuanya jadi caca-marba dalam ribut taufan. Jadi, aku rasa kita perlu buatkan satu lampu suar (beacon) atau tali atau papan tanda atau apa-apa agar orang-orang yang panik atau kelam kabut di dalam ribut itu tahu arah mana hendak dituju. Tetapi, tak boleh melanggari falsafah 'brainstorming' itu sendiri seperti 'do not pre-judge ideas'. 'free flow of ideas' dsb.

'Guided Brainstorming' juga ada falsafahnya. Secara ringkasnya begini:


"Some time, somewhere, somebody have solved your problem"


Maksudnya, masalah yang kita hadapi ini kebiasanya bukanlah unik. Ada ramai lagi manusia dalam dunia ini mungkin pernah mengalaminya dan mungkin ada beberapa orang telah berjaya menyelesaikan masalah itu. Jadi, buat apa kita nak bersusah-payah nak fikir. Kita selidik dulu bagaimana dia orang selesaikan dan cuba lihat kalau-kalau ianya bersesuaian dengan kita.



Beberapa penyelesaian itu, kalaulah diselidiki dalam-dalam, menggunakan beberapa prinsip asas atau petua.

Oleh itu, 'guided brainstorming' menggunakan prinsip-prinsip asas atau petua ini dalam aktiviti 'brainstorming'.  Prinsip-prinsip itulah menjadi lampu suar (beacon) agar para peserta yang berada dalam ribut taufan tidak caca-marba. Dengan kata lain, prinsip-prinsip ini mungkin dapat membantu mencari penyelesaiannya.



Apa prinsip-prinsip asas itu?




Sambung lagi.... tangan dah sakit balik. Nak rehat dulu.











.

9 comments:

Jna marcello said...

WAHHHHHHHHHHHHHHH~ na ni laa manusia yg xpenah nk berfikir bila ade masalah..slalu buat benda bodo..da buat baru fikir heheh now dgn info ni bole laa na ubah peragai cewahh TQ !!

Nizam.Ariff said...

Jna,
ilmu tu tak turun habis lagi....

sambung satu episod lagi... hahaha

Lelaki said...

jarang2 jumpa tulisan yang begini...nice!

Nizam.Ariff said...

lelakisemalam,
sharing is caring...

Lady Windsor said...

aku copy and paste masuk email aku...minggu depan nak travel, karang aku boleh baca dalam kenderaan...:)

Nizam.Ariff said...

LW,
travel mana tu?
macam jauh je...

sepa said...

berbalik kepada masalah aku tentang memasak dalam entri sebelum nih.!

menggunakan Guided Brainstorming ini, aku rasa kaedah terbaik ialah : aku sediakan satu ruang santai, dekat dengan dapur, yang aku bulih duduk dan memerhati sahaja, kerana aku hanya perlu mengupah dua orang - satu untuk penyediaan dan mengemas, satu lagi memasak, sedang aku pula hanya duduk memerhati, meneliti, dan menikmati bunyi percikan dari dasar periuk, bunyi gelegak air mendidih dan harum aroma masakan. cuma aku bulih memilih untuk mahu atau tidak memakannya...


.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
kalau ko nak masak tapi malas nak masak, aku syorkan ko beli je periuk 3 tingkat... tingkat bawah nasi, tingkat 2 ikan siakap kukus, tingkat 3 sayur baby kailan+oyster sos...

sekali buat terus siap semua...
itu konsep: simultaneous

Unknown said...

Boleh ahhh

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com