Saturday, January 26, 2013

Selamat Pagi Semua....

.

Dengan rasminya, peti ais aku sudah aku pindahkan ke rumah di BB ini kelmarin.

Dan semalam, buat pertama kalinya aku berbelanja di pasar basah, beli ikan senangin, ikan tenggiri batang dan seekor ayam. Juga aku beli sayur kobis, saleri, cili burung, fish ball dll.

Dan semuanya aku sumbatkan ke dalam peti sejuk... hahaha.

Dan hari ini, aku baring-baring sambil mengira sengal-sengal badan dan tangan.

Nasib baik Mak Mertua dan Abang & Adik Ipar ada datang menolong.
Jika tidak, mahu hari ini aku berbungkus selimut dan rumah berbau minyak angin.

Kejap kena urut tangan kanan, kejap urut tangan kiri, kejap urut kaki kanan, kejap urut kaki kiri.
Gilir-gilir dan ikut pusingan jam.



Selamat Hari Sabtu semua.
Hari ini paginya bermula dengan cahaya matahari yang sedap untuk berfotografi di luar.
Tapi pagi ini aku mencangkul tanah. Aku tanam beberapa anak pokok Heliconia (Pisang Kaki).
Dan aku siram kanngkung, keledek daun, serai, dan ubi kayu.
Seminggu dua lagi mungkin aku boleh sayurkan mereka.

Juga aku lihat anak pokok selasih, anak pokok kucai, anak cili padi (pemberian mak mertua dan adik ipar), rosemary dan pokok kaduk sudah mulai tegak batangnya, tegap daun-daunnya.

Kepada yang bercuti sempena cuti gantian Isnin ini, Selamat Bercuti.

Salam semua.




.

10 comments:

tasekM said...

ko kan banyak tukang urut... kahkahkah.

aku hr ni pi joging.
separuh nk mati rasanya.
dh lama tak joging.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Hah.... ko pun nak mengurut ke?
Dr. Singa terer karate dusyum-dusyum serata badan (kecuali karate kat tangan, dia 'kureng' sikit tangan)

keh keh keh..

smbotak said...

kelebihan mereka yang tinggal atas tanah, boleh bercucuk tanam sesuka hati...

Nizam.Ariff said...

smbotak,
kemudian malas nak belanya... hahaha

amn said...

selamat berkomuniti baru,jiran baru,suasana baru,

makin hampir atau makin jauh dari pejabat?

fifie said...

Membeli banyak nampak macam nak buat kenduri je. Hhaha

sepa said...

ko tak tanam stroberi ka grape ka ?!


.

Nizam.Ariff said...

azani,
jauh sekali ganda...


Fifie,
itu stok untuk seminggu tu...


sepa,
nanti aku nak tanam anggur hahaha...

CiKPuaNLawA said...

kes kucin da okeh eyhhh....
untunglah boleh cangkul2... uhhuuu.....

Nizam.Ariff said...

CPL,
kes kucen mana ok lagi...
cuma kami bertahan je la...
atas nasihat kawan2

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com