Saturday, February 23, 2013

gERUH mALAM

.

mALAM INI SAKAL SI TUAH BERADU MUDAH. dIA MENCARI MIMPI YANG BERLARI-LARI DI LANGIT TINGGI. dIA MENCAKAR-CAKAR MENGAUT MIMPI YANG BERPUTAR-PUTAR DI LANGIT TINGGI. dENTINGAN JAM MELENTIK, TENGAH MALAM PUN MENCAIR MERUBAH RUPA DAN WARNA HITAM SEBENAR. mERUPALAH MALAM MENJADI RUPA-RUPA YANG SEBENAR.

jELAS BADI MALAM MENYERAP DENTINGAN JAM, BERGEGAR JANTUNG DIKARANG, JASAD LEMAH. dAN GEGAR ITULAH MENJADI SATU KALIMAH SYUGUL DALAM MENCARI MIMPI SI TUAH YANG HILANG DI BALIK DUNIA BAYANG-BAYANG.

 aBDI SI MIMPI, SI TUAH MENANTI BAGAI HARIMAU MENDEKAM MANGSA, TENUNGAN LEKAT PADA MIMPI YANG BERPUTAR-PUTAR DI LANGIT TINGGI. mIMPI-MIMPI YANG BERSAYAP TERBANG, MELIAR DI DADA GERUN MALAM.

gERUN SI TUAH GERUH MALAM BERTARING TEMBAGA. mIMPI ITU TAK TERCAPAIKANNYA.

hAI SI TUAH, KEMBALILAH KAU KE MIMPI NYATA. aKU MENUNGGU KAMU DI SITU. iZINKAN AKU ASAH KUKU KHARSANIMU. iZINKAN AKU PUGAR SEGALA KALIMAH. iZINKAN JUGA AKU MENAIKI BELAKANGMU.

bIAR AKU TUNJUKKAN KAU MELOMPAT BAGAIMANA, BERLARI BAGAIMANA, MENGAUM BAGAIMANA, MEMENGKIS BAGAIMANA, BERTIKAM BAGAIMANA, MENERKAM BAGAIMANA... PUJUK BEGINI, DIAM BEGINI, MENANGIS BEGINI, SEDIH BEGINI, SEDU BEGINI, AIR MATA BEGINI.


kALAM BERUBAH KALAM. mALAM BERUBAH MALAM. gERUNNYA KEKAL BEGITU, TAKUTNYA KEKAL BEGITU, HITAMNYA KEKAL BEGITU.

kALAM BERUBAH KALAM. sI TUAH KAU DIAM. bIAR AKU BERBICARA SEORANG....!


"hAI KAMU YANG TERBANG
aKU TAHU ASAL USULMU
mUNCUL DARI BUKIT SI GUNTANG
mUNCUL MARI MENCARI BAYANG

tAKUT KAU PADAKU, ANAK CUCU ADAM
tUNDUK KAU, TIDAK KUSIAT KULIT KAU
tIDAK KUTARIK JANTUNG HATI KAU
tIDAK RODOK ISI PERUT KAU

eNGKAR KAU PADAKU, ANAK CUCU ADAM
kUSIAT-SIAT KULIT KAU
kUTARIK-TARIK JANTUNG HATI KAU
kURODOK-RODOK ISI PERUT KAU "


tUAH, BELANGMU BELUM CUKUP, BIAR AKU TUNJUKKAN. hITAM MALAM ITU BAYANG-BAYANG. kERANA MALAM ITU MIMPI SIANG. mALAM ITU IGAU SIANG. eSOK... ESOK PAGI, KAMU AKAN LIHAT. pABILA SIANG MENGGELIAT BANGUN DARI TIDUR, SEMUANYA AKAN HILANG. tIADA LAGI MALAM KERANA MALAM ITU HANYALAH MIMPI SIANG...




.

10 comments:

CiKPuaNLawA said...

saya DEJAVU ke...
seolah olah macam pernah membacanya...

di mana.. bila.. saya tak ingat...

Nizam.Ariff said...

CPL,
Awak tak pernah bacanya lagi. Kalau serasa pernah baca, itu memang deja vu awak.... hahaha

sepa said...

brader, tulisla panjang2 sket. tak puas teman membacanya. sungguh asyik alunan bahasamu itu...

cik kaki ketawe said...

mak aiii...sastera gila...aku baca berkali2 baru boleh paham isi..pasal aku ni memang lembab bab2 sastera ni...hohoho...

#tulis sendiri? memang hebat...

Ellie Mariana Abdullah said...

Seius, aku tak faham. Hehe,,,sebenarnya aku tak baca lagi.

Tapi keenapa HURUF BESAR ni?

BUNDA a.k.a KN said...

assalam, selamat petang..

tasekM said...

kenapa aku pun rasa mcm pernah baca nih...?



.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku dah ngantuk pada masa tu.... sikit2 dah la... sementara nak sejukkan badan sebelum tidur, tulis la sikit...



cik kaki ketawe,
Haah.... semuanya dalam blog ini adalah sendiri punya kecuali diberitahu sebaliknya...



Bunda,
Waalaikum salam, selamat petang...



Nizam.Ariff said...

TM,
Eh... pesal kata semua pernah baca nih?

Aku pernah tulis ke?

Atau ko teringat kisah Juliet dan mimpi-mimpinya...????


CPL pun kata pernah.. cer cari kat mana? Aku pun nak baca gak...

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Senngaja aku taip saiz huruf teralik... mula kecil, akhir besar2.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com