Sunday, March 3, 2013

Apa kata kita suruh Tian Chua pikul senapang kat Lahad Datu?

.

Aku malas nak macuk campur hal-hal politik. Tak suka. Tapi aku akan masuk campur kalau ada isu keselamatan negara (sebagai pemerhati dan pembaca doa keselamatan)

Tapi kenyataan Tian Chua itu sungguh menarik minat aku untuk tahu lebih lanjut. Tetapi, aku perlu baca sumber asalnya dulu di sini dan kenyataan balas di sini pula. Manakala artikel KeadilanDaily.com yang diterbitkan pada Feb16 ini pula ditulis sebagai 16 April... apa jenis kredibiliti berita entahlah!


Tian Chua kata kerajaan mempolitikkan tragedi di Lahad Datu.
Tapi dia juga yang kaitkan tragedi itu dengan politik apabila dia buat kenyataan itu sendiri.
Aku tak terfikirkan pasal itu sehinggalah dia kata begitu.
Jadi, siapa yang politikkan dulu ni? Cuba bagi aku yang tak tahu pasal politik ini.


Tian Chua,
Jangan pandang sesuatu tragedi itu atas pandangan politik sahaja.
Tak kiralah Al-maunah atau tragedi di Lahad Datu ini, dan Semporna juga (kalau ada).
Jangan pandang dari satu sudut sahaja.

Lihatlah dari sudut mereka yang terkorban.
Mereka ada keluarga, anak bini, mak bapak, saudara mara.

Kalaulah kamu diberikan gaji RM2,200 untuk pikul senjata
dan sekarang ini pergi ke Lahad Datu untuk berjalan di barisan hadapan
untuk berjumpa dengan para penceroboh,  bukan untuk berperang
tetapi hanya untuk bertanya khabar sahaja, berunding atau minum-minum kopi sahaja
adakah kamu mahu?
Sanggup?

Kalau tak sanggup, jangan nak perkecilkan mereka yang berjuang!

Duduk diam-diam sudah...!






.

13 comments:

smbotak said...

Banyak persoalan yang tak terjawab dalam konflik ni, sejak tiga minggu lalu. Dan mungkin akan kekal disembunyikan atas suatu sebab...

aza ni said...

filipina acuh tak acuh,sebab malaysia bantu mnlf katanya...anjing dah gigit tuan

isu sabah dah lama sebelum aku lahir lagi, berapa ramai rakyat sabah yg berketurunan sulu, tahun 70 an satu pasukan mnlf masuk sabah, selamba rock tembak balai polis dan ambil duit dari bank..lepas tu naik bot balik ..macam koboi masuk bandar...

orang ramai sokong tian chua, pru 13 masih boleh menang...

Nizam.Ariff said...

SM,
Ya... banyak sangat persoalannya.
Ia bermula dari zaman British dulu lagi... adakah isu Sabah bakal berlarutan seperti isu di timur tengah? Kita tungu dan lihat je la...



Azani,
Dia bukak mulut je, rosak susu sebelanga.... baik diam2 sudah.

Evagurl Izma said...

aku di sabah. mcm2 berita dah kwn aku dr semporna n lahad datu sampaikan. sampai kami x lena tido mlm. tp dirahsiakan drpd media. utk elakkan semua cemas mungkin

Nizam.Ariff said...

Evagurl Izma,
Semoga kamu sekeluarga dan saudara mara sentiasa selamat dan sejahtera. Mereka bukan bertindak ke atas rakyat Sabah. Mereka menentang pihak keselamatan sahaja. Harap2 begitulah...

sepa said...

brader, dengan Tian Chua pun ko ambik hati ka.?!

di bukan Perdana Menteri eh. jugak bukan law maker. ah!, mamat2-yg-bertamu di kedai2 kopi, dan drebar2 teksi, byk jugak mulut2 yg cakap merapu.! hahaha...

kisah lanun-melanun dan berlanun sudah ada sejak sebelum criter 'Pirates of the Carribean' lagi... :)

*eh.! apa Tian Chua kata.! (akupun dah lama tak dengar berita...)...
dengar crita depa hantar polis tuk ke sana ar.! bukan ke sepatutnya tentera.?!... aku ada dengar tempias crita mereka yg terkorban kena tembak. al-Fatihah.


.

sepa said...

eh, satu lagi. memandangkan aku tak braper tau criter...

nak tanya ko. ada tak depa (pak2 menteri) buat sidang tergempar parlimen untuk isu nih tak.?! isu nih kena tangani bersama, kan.! walaupun ada criter di sebalik kejadian dan isu. (yg biasanya bermula dari kisah di dalam kelambu, bawah ke dalam rumah, bawak ke kampung, bawak ke bandar, bawak ke daerah... akhirnya bukan lagi kisah di dalam kelambu...!!!)... walaupun akhirnya, kita perlu tau kisah di dalam kelambu itu, supaya tak menjadi merapu, supaya sejarah tidak hanya menulis keperwiraan yang direka-reka...


.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Ko dah dekat sempadan sana tu, ko patut lebih tahu...

Aku nak dgr cerita dari ko je nih... ko korek sikit sejarah silam..

Hidajah Mochzeober said...

aku letak sebahgian entri ko *ayat pertama) kt status Fb kaku, Ko nak claim royalti tak hehe..

Entri ni mewakili suara aku

Hidajah Mochzeober said...

ha ha akaun asrama lagi. Dan nama Pk hem aku

Dia x tau imternet2

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Hohoho... tak pasal2 nanti terkait dgn sekolah tu... hahaha

ASH said...

Yang aku heran, TV macam senyap sunyi.
.
.
.
Kalau bangunan runtuh, 15 minit sekali ada berita terkini!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Dia org kawal segala2nya....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com