Saturday, March 30, 2013

Bahana bersiar-siar dikala senja di taman herba S.Alam...

.

Hasri buntu. Petang itu belum petang sangat tetapi masa dirasakan masih panjang. Pokok Bunga Raya kedua telah pun selamat ditanam. Kereta sudah dibasuh. Tapi matahari masih bersinar kira-kira sehasta dari bumi di ufuk Barat.

Jam menunjukkan pukul 6.15pm. 'Masih sempat.', katanya dalam hati. Lantas mencapai kunci kereta dan beg kecil berisi kamera DSLRnya. Tujunya ialah sebuah taman herba bersebelahan dengan Mahkamah Shah Alam. Taman itu belum pernah dia pergi tapi dia sering lalu di jalan itu. Petang itu, dia mahu mencuba.

Sesampai di situ, suasana terang tadi kini menjadi kelam. Awan tiba-tiba mendung. Rintik-rintik hujan masih halus tetapi bakal menjadi kasar jika dicongak kepada awan hitam yang merendah itu. 'Alang-alang dah sampai, takkan nak berpatah balik.', katanya dalam hati.

Taman itu seperti telah ditinggalkan, tidak terbela sangat tetapi masih ada 2 pasangan pengantin baru yang mengambil gambar. Masing-masing dengan jurugambar profesional yang diupah. Terlihatkan itu, Hasri cepat-cepat mengeluarkan kamera DSLR dan membidik sudut-sudut yang difikirkannya cantik dan berbaloi untuk diabadikan dalam bentuk foto.

Hasri terus berjalan jauh ke dalam taman herba itu. Setiap langkahnya, dia mencari-cari subjek dan sudut sesuai, juga pencahayaan langit petang yang kini ditinggalkan matahari. Semakin kelam. Hasri sudah jauh ke dalam hutan itu. Dia berpaling ke belakang dan mencari-cari pasangan-pasangan pengantin tadi. Tiada.

Hasri pun berjalan melalui denai dan selanjutnya titi terapung yang merentang di sebahagian tasik. Titi itu beralun-alun apabila dipijaknya kerana titi itu diikatkan pada pelampung. Titi kayu itu tak bertiang. Kemudian dia berjalan melalui pokok-pokok petai hutan yang besar-besar juga rumpun-rumpuh buluh yang tinggi melampai.

Hari telah semakin gelap. Azan dari Masjid Biru baru berkumandang. Ruak-Ruak pun berteriak menyahut azan tadi. Hasri kembali ke keretanya. Kemudian Hasri memicit-micit kepalanya. Tiba-tiba sahaja kepalanya dirasakan sakit berdenyut-denyut. Mungkin kurang cahaya menyebabkan matanya terpaksa bekerja keras untuk mencari laluan keluar tadi.

Sebelum pulang ke rumah, Hasri singgah dulu di kedai Domino Pizza. Hasrat hatinya untuk membeli sekeping untuk makan malamnya nanti. Kepalanya masih berdenyut-denyut, seakan-akan mahu pecah. Mungkin perutnya masuk angin kerana bergerimis tadi.


Ketika Hasri melangkah masuk ke premis itu, dia perasan yang beberapa orang memandangnya. Hasri hanya memakai seluar sukan dan berbaju T berkolar lusuh dan longgar. Hasri betul-betulkan kolar bajunya. Selekeh sungguh, seperti baru lepas bermaksiat di taman bunga gayanya. Hasri tersenyum sendirian.

"Ya, encik. Nak buat pesanan aaa... aaaa." Tiba-tiba wanita di konti pesanan itu terbeliak matanya memandang Hasri. Seperti ada sesuatu yang menakutkan melekat pada Hasri.

"Kakak..? Kenapa kak?" tanya Hasri tak karuan sambil memicit-micit dahinya yang terasa berdenyut-denyut. Adakah sesuatu yang telah mengikutnya dari taman tadi? Kenapa kepalanya tiba-tiba terasa berdenyut-denyut? Banyak persoalan dalam kepada Hasri membuatkan denyutan kepalanya semakin menjadi-jadi.

"Aaaa... aaaa...." tiba-tiba wanita itu hampir-hampir terjatuh. Mujurlah ada seorang gadis rakan sekerjanya sempat memaut wanita tadi.


"Maaf encik. Kakak ni kalau terlihat lelaki hensem macam ni la jadinya... maaf ya encik..." kata gadis itu.







.

12 comments:

sepa said...

dah dekat seminggu tak layan blog... hehehe.

nanti aku baca pos ko yang lepas.


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
ko pegi mana seminggu nih?

sepa said...

internet takdak line la bang.!

Nizam.Ariff said...

sepa,
ok... aku terima sebab tu... .hahaha

aza ni said...

err...kenapa dia nak jatuh bila melihat hasri yang handsome?agaknya bila tengok dino,mau pengsan terus....ha ha

aza ni said...

err kalau jumpa sepa?

Nizam.Ariff said...

azani,
Kalau pandang Sepa, mungkin terus terkagum... mungkin juga terangsang.. kah kah kah

ummuaidan said...

pengsan kerana hasri sangat hensem ker atau ade sst yang menakutkan ade bersama2 hasri...aku curiga sket..:)

Embun Melati said...

Ada badi hensem kot di taman herba Shah Alam.

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
tak pasti yang mana satu.
lagi pun cerita ni 90% benar, 10% tipuan... hahaha


Embun Melati,
Hah.. apa lagi, jom berkunjung ke sana...

Buah Kedondong said...

nasib baik ko letak nama hasri, kalau letak nama nizam...aku yang pengsan agaknya

Nizam.Ariff said...

BK,
Ooo.. adakah aku juga sehensem Hasri?
hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com