Wednesday, March 6, 2013

Sebuah kilang tinggal dan merpati yang terbang...

.

Malam tadi aku bermimpi, mimpi yang pelik sekali.

Aku bermimpi tentang kamera dan tempat-tempat yang asing bagi aku. Serasa tidak pernah pergi tetapi dalam mimpi itu, tempat-tempat itu tidak asing bagi aku. Suasanya seperti sebuah negeri di bekas tanah jajahan Rusia. Maksudnya, aku dapat lihat sungai yang jernih yang cukup lebar untuk 2 buah feri penumpang berselisih tanpa rasa gerun kepada pengemudi dan penumpangnya. Ada jambatan batu yang merentangi sungai itu, jambatan lama, dengan rekabentuk 'arch' pada setiap tiang-tiangnya dan cukup tinggi untuk feri-feri dan bot-bot kecil mudik di bawahnya. Di tebing kiri dan kanan sungai itu pula tumbuh pokok-pokok yang besar dan rimbun, sehingga ada dahan-dahannya menjuntai ke permukaan sungai (Willow trees?).

Kenapa aku rasa tempat itu di tanah bekas jajahan Rusia? Kerana aku lihat ada banyak bangunan kilang-kilang industri berat yang dibina dengan batu bata merah dan besi dan kaca. Namun bangunan-bangunan itu banyak yang ditinggalkan. Penduduk tidak ramai dan kereta juga tidak banyak. Boleh dikira. Bandar itu seperti bandar hantu (ghost town). Orang-orangnya juga tua-tua dan ramai yang berjalan kaki dan menunggang basikal daripada berkenderaan lain.

Ada rel keretapi tinggal di sepanjang tebing sungai itu. Aku rasa rel itu adalah untuk mengangkut bahan-bahan mentah atau hasil industri berat. Rel itu terbiar dipanjat rumput kecil dan tumbuhan renek lainnya.


Aku berjalan dengan sebuah kamera, lagak seperti pelancong Asia, menyusuri tebing sungai itu mengikut rel keretapi tadi. Aku lihat itik berenang, burung-burung walet terbang dari gigi air ke bangunan tinggal, ada merpati sekawan. Aku ambil foto-foto mereka itu.

Sehinggalah aku tiba ke deretan bangunan batu 1 tingkat tetapi di bawah tanah. Maksudnya, ada tangga batu menurun ke bawah untuk masuk ke deretan kedai2 itu. Manakala aku lihat rel keretapi tadi membelok dan melalui bumbung bangunan kedai tadi.

Aku singgah di sebuah gerai makanan. Anehnya, aku lihat kedai kecil itu, tak ramai pelanggan pun, dengan meja batu bulat ala-ala kopitiam, ruang kedai itu hanya boleh memuatkan 4 buah meja batu bulat berkapasiti 4 kerusi kayu setiap satu. Kedai itu menjual roti canai! Oleh kerana itu, aku pesan sekeping roti canai (dalam bahasa ayam-itik) dan segelas teh tarik. Anehnya lagi, orang yang 'menarik' teh itu seakan-akan mamak tetapi sudah tua.

Aku masih ingat lagi, aku suruh dia tarik teh aku sambil  'posing', aku 'snap' dia. Foto itu masih melekat kukuh dalam kotak ingatan aku.

Anehnya, aku tak makan atau minum di situ. Selepas 'snap', aku terus berjalan seolah-olah aku tak pesan apa-apa. Aku terus berjalan masuk dan keluar bangunan-bangunan batu-bata merah dan aku masuk ke satu bangunan kilang yang besar. Aku nampak kren-kren yang besar dan bersawang. Kilang tinggal. Aku nampak kaca-kaca pecah bertaburan. Juga aku nampak besi-besi keluli yang besar-besar dan roda besi yang besar-besar.... Aku dapat rasakan kilang itu dulunya ada kilang untuk membuat kereta kebal!

Sungguh luas bangunan kilang itu. Boleh memuatkan 10 gelanggang badminton bersaiz standard dunia. Bangunan itu lengang. Hanya merpati terbang terkejut kerana aku datang. Di tepi-tepi bangunan itu sudah tumbuh pokok-pokok renek yang aku tak tahu jenisnya, tapi kalau di Malaysia ia seperti pokok senduduk liar.


Dimanakah tempat itu? Sampai sekarang aku cuba meneka... mungkin aku perlu pergi ke situ.




.

9 comments:

sepa said...

mimpi mu itu seperti catatan seorang journalis majalah seram.

eh, bangunan macam tuh, aku terbayangkan kilang-tinggal di dalam criter Transformer - Revenge of the Fallen, Megan Foxx dan 2 org lg (saja aku takmo sebut nama mamat 2 org lg...)...

nak tanya. ko ada terserempak ngan minah saleh,yg iras2 Megan Foxx tak.?!


.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Hah.. macam tu la kira-kiranya.
Tapi Megan Fox tak ada... makcik-makcik tua banyaklah berkeliaran dengan selendang ala orang2 Rusia tu...

Merok said...

Mmmm.. belum pernah aku bermimpi sampai ke luar negara. Kalau setakat mimpi pi kedai ada lah.

Ena's Palace said...

hamboiii jauh benor mimpi ko pegi ek..sampai ke rusia..class ko!

Nizam.Ariff said...

Merok,
macam luar negara tapi entahlah betul ke tak.. nama pun mimpi hahaha



Ena,
nak pergi, duit tambang mahal... biarlah ruh mimpi je yang pergi... hahaha

tasekM said...

ini adalah petanda roh ko nk pi melancong.
sila bercuti.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Bercuti ke berperang?
Ada kilang kereta kebal tu....

aza ni said...

sungai bro....rezeki lagi...

Nizam.Ariff said...

azani,
ye ke?
dari mana arah datangnya tuuu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com