Wednesday, June 5, 2013

Shit Sembelit Berbelit-belit...

.


Hasri duduk di bangku panjang, menunggu sinar dari Timur.
Harapannya: sinar itu datang dengan segala jenis warna dan bergemerlapan pula.

Tunggunya bertangguh, awan mendung seperti enggan beredar. Seperti hasad dengkinya sejak malam tadi masih belum reda. Burung-burung ciak berdecip mencari arah dalam kelam pagi. Decipnya bukan sonar seperti kelelawar. Telinganya bukan tajam untuk menangkap gema. Ia juga seperti mana Hasri, menunggu sinar dari Timur.

Puas dikuis awan mendung. Setiap kali terkuis, muncul lagi awan mendung baharu. Merupa-bentuk lalu menebal. Seperti tiada kesudahannya. Wajah langit mengerepot menahan senak sembelit sang mentari yang tak dapat muncul. Hajatnya tertahan-tahan, tak mampu nak keluar. Lubang keluarnya telah dan masih tertutup. Gumpalan awan mendung menyumbat kemas lubang itu.

Wajah langit berpeluh-peluh menahan lemas sembelit. Senak sembelit itu memintal-mintal usus pelangi yang berjurai-jurai panjangnya. Senak itu juga menyucuk-nyucuk pangkal hatinya.

Hasri hanya duduk di bangku panjang. Dia faham kisah langit namun tiada apa yang mampu dilakukannya untuk menolong resah langit, melainkan berkongsi bau busuk kentutnya.



Itulah sedikit sketsa.

Sebuah sketsa kehidupan dan cabaran. Lebih tepatnya, harapan agar sesuatu yang menyulitkan itu dapat diurai simpulan sulitnya. Apabila telah terurai maka diharapkan hari-hari yang seterusnya dapat berjalan dengan lancar. Kehidupan tidak lagi tersengguk-sengguk.

Namun, siapalah kita ini yang mahu mengubah alam. Siapalah kita yang mampu mencoret kanvas langit dengan warna biru, pirus dan putih sentiasa. Masih ada banyak warna di dalam kotak pastel kehidupan, yang kalau tidak diguna, akan membazir dan menjadi sia-sia kewujudannya.

Warna-warna pelangi bukan semuanya putih. Secantik mana pelangi itu pun kita kena setuju bahawa cantik pelangi itu kerana ada pelbagai warna, bukan warna putih sahaja. Warna-warna itulah yang selalu membuatkan pelangi itu dibuat kata-kata.

Sebutir impian... segenggam nikmat yang kerap dilupakan.
Hari ini adalah sekarang ini.
Esok milik Tuhan, kita mintalah esok pada hari ini.
Mudah-mudahan diperkenankan olehNya.





.

6 comments:

Daddy Ziyyad said...

Hahahaha..Kau pernah berguru dgn karam singh walia ke bro? Cerita sembelit pun kau boleh olah jadi cerpen! wakakakaka

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
hahaha... aku ada buku Shahnon Ahmad 'Shit'...


Kniedaz said...

aku rasa dulu masa sekolah aku ada baca "Shit" tu tapi lupa aku habis baca ke tak?

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
masa sekolah?
wuih... nampak sangat aku dah tua ek...

ASH said...

Omputih kalau terlajak cakap SHIT dengan aku...mesti kata "Excuse me for my language"
.
.
Tu kira ber tatasusila la tu..

Nizam.Ariff said...

Ash,
hahaha....
tapi kalau memang dia nak tunjukkan lizard shit atau bird shit, cemana?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com