Wednesday, October 23, 2013

Mee Bandung Muar .... di Muar, Johor.

.

Berberapa hari sebelum Hari Raya Qurban, aku sekeluarga pergi ke arah Muar dengan tujuan untuk 'pekena' mee bandung Muar yang disebut-sebut orang akan kelazatan menikmatinya.

Aku tak tahu kedai mana yang dikatakan orang 'sedap hingga menjilat sudu' itu. Bagi aku, mana-mana mee bandung yang dimasak di Muar adalah mee bandung Muar. Jadi, aku berpandukan kepada cakap-cakap adik beradik yang pernah merasa. Restoran ini terletak sebelum jambatan ke Muar, tidak jauh dari sekolah sains.





Makan di atas meja batu... sesuatu yang jarang aku dapati di sebuah restoran. Biasanya meja batu begini banyak di tepi tasek atau sungei sebagai tempat bersantai. Tempat berkelah sambil menikmati sebungkus mee goreng dikongsi berdua... berdua-duaan. I usap U, U usap I.... eh! I suap U, U suap I.

Kuahnya pekat, terasa sungguh udang keringnya... cuma kurang terasa air rebusan dagingnya (dikatakan yang membezakan mee bandung Muar dan lain ialah air rebusan daging tetel). Selain daripada telur yang dicelurkan ke dalam kuah, ia juga ada beberapa keping hirisan daging, 2-3 ekor udang air tawar bersaiz jari hantu yang diluruskan ke atas dan tauhu yang dipotong dadu sebesar saiz dadu dam ular dan sawi.

Seperti biasa... meenya aku rasakan kurang banyak.... atau ruang perut aku yang terlebih luas?





.

17 comments:

sudipVSsenduk said...

teruskan pencarian kedai yg bagus...
biasa makan dkt sebelah jambatan (area taxi stand).. petang je bukak

Yunus Badawi said...

Saya tak pernah makan yg sebelum jambatan ni. Yang org kata femes yg kat taxi stand atau yg dekat menara telekom tu. Ada satay sekali

Nizam.Ariff said...

SvS,
Ooo.... roger.


YB,
Ok... roger. Ada masa nanti aku balas ke sana ...

Tijah said...

Kalau tgk rupa mcm dah betul dah tu...

tasekM said...

aku tak suka mi bandung yg terlalu berasa udang kering...

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Kalau dah betul maka betullah tu mee bandung Muar... hahaha


TasekM,
Kalau gitu, ko pesan mee rebus Muar... dia org guna sup tulang kalau tak silap...

Daddy Ziyyad said...

Halo banggg...boleh bagitau NAMA kedai tak? puas nak carik kedai yg ada meja batu tau..hahahaha..

apa kau main usap usap kat kedai makan? tak sesuai utk tontonan umum tahu ! haha

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Nama restoran tu pun dia tulis "Mee Bandung Muar" besar-besar... end lot deretan bangunan kedai 2 tingkat, di sebelah kiri jalan ke Muar dari Merlimau, blom sampai ke jambatan Muar lagi...

t.a.t.a said...

mee ni pernah masuk JJCM ke?

Nizam.Ariff said...

Tata,
Nama mee bandung muar tu dah pernah tapi nama restoran tu aku tak pasti la...

cik kaki ketawe said...

aku tak suke mee bandung...tapi aku suke laksa :P

Nizam.Ariff said...

CKK,
aku plak tak berapa suka laksa...

sepa said...

nak tanya. mee bandung dengan mee jawa, sama tak?

.

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku rasa macam sama je..
dua2 ada rasa udang kering..

eh.. bukan ke org Muar tu ramai yang jawa?

eh.. Dr. SInga pun org jawa kut..?

sepa said...

Ko kena panggil DrSinga, tanter, atau mbah... Eh, knapa tetiba ko sebut dia, ko rindu kat dia agaknya tu... Hehehehe

Sang Kelembai said...

Sepa,
mungkin kut... tapi taklah sampai termimpi-mimpi akakdokter macam Tazs termimpi-mimpi ahbangdokter... kakakaa

Nizam.Ariff said...

Sang kelembai???!!!,

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com