Thursday, January 30, 2014

Kena sumpah !!!

.





Semasa kecil dulu aku takut dengan sesumpah. Bukan sebab takut digigit atau dicakar atau geli geleman pada makhluk tu. Aku takut kerana dimomok momokkan oleh orang orang dewasa.

Kononnya ia dipanggil sesumpah sebab ia suka menyumpah orang yang ganggu ia. Kepalanya akan terangguk angguk ketika menyumpah.

Antara sumpahan yang terkenal ialah badan akan bersisik, tumbuh ekor dll. Ada juga versi yang lebih kejam...anu tumbuh di dahi.

Menariknya, jenis jenis sumpahan itu bergantung kepada siapa yang ditanya atau dari mulut siapa. Kalau tanya makcik makcik biasanya berkaitan dengan anu yang belum sunat.

Sebaliknya sesumpah itu tak pernah cakap apa apa pun.





.

9 comments:

Daddy Ziyyad said...

hahahaha..
rumah kau ni boleh jadi mini zoo..

hari tu, a big fat juicy ulat daun..
now sesumpah...

anu kat dahi? kah kah kah

Nizam.Ariff said...

Daddyz.
Nak buat cemana....rumah tepi hutan... Haha

cinta said...

dengar cerita sesumpah versi yg kejam tu hampir-hampir nak menyumpah. keh3..

Wan Ahmad Izudean said...

pernah jugak dimomokkan dengan cerita macam ni.. masa kecik2 dulu semua percaya je..hehe

t.a.t.a said...

Apa ni bro? Sesuka hati ambil gambar gua. Gua claim royalti nanti.. lu tak larat nak bayar.

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Tu la...aku takut wooo...

Wan.
Masa tu mana pandai rujuk wiki lg...percaya je la...haha..

Tata.
Royalti? Time ekonomi gini?
Ada gak yang nak kena sumpah ni karang....

t.a.t.a said...

Hehehe. Tak boleh meh?

UmmuAidan-Arissa said...

kesan sumpah2 kena tuduh tak psl2...bkn dia bersalah pun kan...

Nizam.Ariff said...

Tata.
Gua pun nak idup meh...
Lu jgn simbah cat ke rumah gua dah la..

Ummuaidan.
Tu la. Entah2 nama sebenar dia pun bukan sesumpah
...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com