Friday, January 3, 2014

Sun Tzu: Art of War - Cluster 4

.
" If he is taking ease, give him no rest "

Buatkan dia sentiasa sibuk. Kalau nampak seperti dia rileks, buat sesuatu agar dia tak senang duduk. Alihkan perhatiannya kepada sesuatu yang membuatkan dia tidak tenang.

Dalam dunia pekerjaan, kadang-kadang seseorang tu pada mula-mula mendapat satu tugas dia akan kelam kabut untuk menguruskannya tapi lama kelamaan apabila dia sudah mendapat rentak dalam operasi tugas itu, dia merasakan tugasnya itu mudah. Ini akan menjadikannya lebih kukuh dalam posisi tersebut seperti anak pokok yang semakin berakar tunjang, lama-lama pokok itu menjadi besar dan payah untuk dicabut dan dibuang. Oleh itu, sentiasa sibukkan dia dengan tugas-tugas lain.

Dalam kancah politik, kita dapat lihat bagaimana pihak-pihak yang bertentangan akan melemparkan isu demi isu supaya pihak lawannya sibuk menjawab pelbagai isu bertujuan untuk mengganggu sehingga hilang tumpuan kepada tugas dan perancangan. Diakhir pemerintahan, segala perancangan yang tidak tertunai akan menjadi racun kepadanya.

"Attack him when he is unprepared, appear where you are not expected "

Tak guna menyerang ketika pihak lawan sudah bersedia untuk menerima kedatangan kita. Ia akan menyebabkan kita hilang banyak sumber (resources) yang kadang-kadang ianya menjadikan pertempuran itu tidak berbaloi untuk dimenangi. Kadang-kadang ini menjadi taktik pihak lawan, yakni akan membuatkan kita membatalkan rancangan menyerang apabila kita ketahui bahawa 'kalah jadi abu, menang jadi arang'. Untuk menjimatkan sumber, tempur ketika mereka belum bersedia dan pastikan kemenangan boleh dicapai sebelum keluar bertempur.

" If your opponent is of choleric temper, seek to irate him "

Musuh yang utama ialah nafsu amarah kita. Jika pihak lawan itu jenis yang cepat marah, buat sesuatu agar akan menyebabkan dia marah kerana apabila orang sedang marah, itu akan mempengaruhi banyak tindakan dan keputusan yang dibuatnya. Jika dia itu jenis angkuh, buat sesuatu agar dia menjadi lebih angkuh kerana orang yang angkuh tidak akan melihat kelemahannya sendiri. Dengan kata lain, gunakan kelemahan pihak lawan untuk menjatuhkanya tanpa kita perlu bertempur.



Cluster 4  -  Confuse the enemy
(Antara strategi yang boleh digunakan untuk menjatuhkan pihak lawan)

  • Take away the fire from under the cauldron  -  undermine the enemy's foundation and remove his source of power / energy.

  • Fish in troubled waters  -  do something unusual, strange and unexpected to disrupt his focus and thinking.

  • The cicada sheds its skin  -  escape and regroup by creating an illusion.

  • Bolt the door to catch the thief  -  catch the enemy, letting it go means planting seed for future revenge.

  • Befriend a distant state while attacking a neighbour  -  the greatest enemy is the 2nd strongest in our field, not the strongest in other field.

  • Borrow a route to conquer Guo  -  borrow from an ally to attack a common enemy, after winning, turn against the ally.




.

8 comments:

t.a.t.a said...

Yang no. 3 tu ada sama macam jolok sarang tebuan tak?

Nizam.Ariff said...

I faham maksud U tapi I rasa penggunaan sarang tabuan tu mungkin tak kena kerana peribahasa yang itu merujuk kepada bahana yang bakal kena pada orang yang menjolok... tapi strategi yang itu bahananya lebih kepada yang kena jolok. Ia lebih kurang seperti mencurah minyak di dalam api atau meletak garam pada luka...

t.a.t.a said...

Ye betul tu. :)

Nizam.Ariff said...

Tata.
:)...

Daddy Ziyyad said...

Buat musuh kita konpius..hmmm..:P

Nizam.Ariff said...

DaddyZ.
Jgn kita sendiri ikut konpius dah la...

Rapunzel Cikilolo said...

kata2 pendahuluan tu kan...

mcm ade je spesis kat pjbt aku...

tp die yang rasa die sibuk...

pdhal bos tak bg kije pun...

hikhik

Nizam.Ariff said...

Rapunzel.
Tu buat2 sibuk agar nampak relevan kpd kompeni...haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com