Thursday, April 17, 2014

Biskut Osborne mempunyai sentimental value...

.


Salah satu biskut kegemaran aku ialah biskut Osborne. Aku tak tahu kenapa dipanggil biskut Osborne selain daripada tertempa di permukaan biskut itu. Aku syak biskut ini seperti satu lagi jenis biskut iaitu biskut Marie. Walau sesiapa pun yang membuatnya, ia dipanggil biskut Marie. Mungkin resepi asalnya dicipta oleh Sharifah Marie.

Begitulah juga agaknya dengan biskut Osborne. Mungkin resepi asalnya di cipta oleh 'J.W.W Osborne'.



Biskut ini aku beli di kedai runcit di kampung,
masih dijual dalam tin biskut. Dijual secara timbang.


Seingat aku dulu, semasa kecil-kecil, biskut Marie itu direndamkan ke dalam air suam dan disuapkan kepada bayi (aku lah tu) sebagai makanan tambahan. Tetapi biskut Osborne ini pula untuk orang-orang dewasa kerana ianya tawar. Cara aku makannya ialah dengan merendamkan ke dalam air minuman panas. Biarkan sehingga kembang, barulah disudukan ke mulut....aaaummm!


Ada pelbagai pengeluar biskut Osborne ini tapi dalam banyak-banyak mereka itu, aku masih katakan biskut keluaran Khong Guan adalah yang ter...ummphh! Dan ianya telah dimakan turun-temurun oleh keluarga aku. Jadi, biskut Osborne amat sentimental kepada aku.

Kebanyakkan biskut 'Osborne' yang lain akan kembang apabila direndam dan pecah apabila diangkat dengan sudu. Sedangkan biskut keluaran Khong Guan tidak begitu. Ia masih utuh walau pun kembang. Ianya lebih pejal. Kerana itulah aku suka.


Kemudian, aku cuba cari maklumat tentang biskut keluaran Khong Guan. Barulah aku tahu kenapa biskut mereka amat sentimental kepada aku dan keluarga aku ...


Did you know…
  1. Mr Chew actually arrived on our shores as Chew Zhu Keng – but changed his name to Chew Choo Keng at the behest of his boss, Tan Kah Kee.
  2. During the war, the Communists regarded Chew as a traitor as he was able to drive his cars freely with a permit from the Japanese military. He was interrogated in the jungle by a communist who later turned out to be one of his old classmates – and instead of charging him, she solicited a contribution of $10,000 to the Communist cause as well as soap, salt and oil. Upon release, Chew was then interrogated on the events that took place in the jungle by the Japanese military.
  3. Chew’s decision to leave Malaya and move back to Singapore was largely due to the Communists revealing its belief that it was Malaya’s intention to fight for its independence from the British.
  4. Chew’s first attempt at automation involved using bicycle chains to convey plates of biscuits into his ovens. However, his brother Choo Han had a talent for mechanical engineering and together they had soon set up a machine shop to design and build their own machines for use in the factory.
  5. Chew Choo Keng was a busy man and not just because of his businesses – he had five wives, 23 children, 34 grandchildren and four great-grandchildren.

Artikel penuh ada di sini....






.

19 comments:

cheqna said...

biskut marie direndam dalam teh o..ouhh sedapnyer...

Nizam.Ariff said...

Cheqna.
Ya...betul tu....tak cukup sekeping...

Rai Ourkizuna said...

biskut osborne mengingatkan aku pada biskut mayat..

Nizam.Ariff said...

Rai.
Sama ke?

Kniedaz said...

aku suka biskut Hup Seng..cicah ngan teh panas...tak sedar berkeping-keping makan..biskut marie aku tak gemar..biskut osborne pun aku tak familiar..aku ingat biskut tu ada kena-mengena ngan The Osborne Family
hehehe

Nizam.Ariff said...

Kniedaz.
Biskut hap seng yg chap ping pong tu sedap tp byk lemak..

cinta said...


sdap dimakan kalau kat luar hujan lebat. oh..

selalu juga lalu dpan kilang khong guan. nk kirim biskut? er, kim salam. hee..

LydSunshine said...

biskut ni boleh gunakan mr Os dan Abon sbg spokeperson bikut osbourne ni, heheh. fine tak lawak,

sudipVSsenduk said...

dulu kalau balik batu pahat, mesti lalu depan kilang biskut HupSeng cap pingpong tu.. semerbak bau biskut. Sekarang ni bau asap kenderaan je..

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Kilang tu kat mana? Ingatkan kat Perak..

Lyds.
Lawak tuuu....hahaha


SvS.
Biskut ping pong tu dah kira lagend gak...

t.a.t.a said...

aku lupa la Zam. rasanya sama ke dengan biskut merie?

Nizam.Ariff said...

Tata.
Tak...biskut ni tawar je...marie tu manis..

Nani said...

salam..kenangan la biskut nie...saya kecik2 dulu pun selalu makan...tu hari (lama dah) saya makan masa dlm pantang..cicah dgn milo panas...

sepa said...

bro, aaaummm! itu adalah bunyi singa bercakap sesama singa. bukanla bunyi orang menyudu biskut yang dah kembang dan anjal, yer. harap maklum.


.
sepatutnya : ngaaaaap.!


.
atau...


slurrrrrrpppp burrrrp.!



.

cik kaki ketawe said...

biskut ni legend jugak
dan biskut ni sedap di buat kek
sebab kek2 lain sy tak boleh makan
jadi kek yg di buat dari biskut ni
je yg tekak boleh terima...

Nizam.Ariff said...

Nani.
Salam...ada org kata biskut ni org sakit pantang boleh makan..


Sepa.
Bunyi auumm tu sbb bunyi aaaa sambil tutup mulut...cer ko try tgk...


Cik kaki ketawa.
Boleh dibuat kek?
Nnt nak suruh mama cari resepi..,

gadisBunga™ said...

bagus. kurang kurang ko tahu sejarah biskut yang masuk ke mulut.

heheh~

gadisBunga™ said...

komen LydSunshine lawak.

aku pun tak terfikir,

heheheh~

Nizam.Ariff said...

GB
Sentimental value ada....hehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com