.
Malam tadi aku tidur pukul 12.30am.
Tak perlu ditanya kenapa aku lewat tidur walhal aku tak sihat sangat.
Tapi, aku terjaga tepat jam 2.00am.
Aku terasa macam kena sembelih.
Pedihnya... peritnya tekak... membengkak.
Aku syak aku alergik kepada antibiotik.
Paling sana, paling sini ... tak reda juga peritnya.
Sudahnya, pukul 3.00am aku turun ke dapur.
Kunyah ais malam-malam.
Kalaulah ada jiran terjaga dan lihat lampu dapur aku menyala,
dan dengar bunyi 'kruk..krakk..kruk .. kraakk',
mungkin dia ingat ada tikus mondok tengah kunyah keropok.
.
8 comments:
sedang membayangkan rupa tikus mondok kunyah kopok. ok, nampak dah.
sedang membayangkan rasa sakit kena sembelih. ok, tak dapat nak bayangkan.
CInta,
hah? siapa yang tunjukkan tu?
Tata,
Cuba lagi ek...
malam tadi aku pun terjaga dua tiga kali tapi bukan sebab macam ko tapi sebab mimpi hantu..huhu
oh..oh..semoga ko cepat sembuh
kniedaz,
malam-malam jumaat termimpi hantu?
hmm... jumaat kliwon tu... hahaha
allergic pada antibiotik..huh, pernah rasa...rasa cam sesak nafas pun ado
Nang.
Boleh tercekik dgn lidah sendiri...
kalo dia ingat tikus normal lagi. Kalo dia ingat antu juon cemana? Kang dia panggil bomoh kokedai.
Post a Comment