Wednesday, April 30, 2014

Kacang Pool bikin sendiri...

.


Rentetan dari makan kacang pool di restoran di seks 3, aku anjurkan Mama buatkan untuk kami. Dengan berbekalkan informasi di hujung kuku, kami cari resepi yang mudah-mudah. Dan ternyata ianya bukanlah payah mana pun. Cuma 'watak utamanya' perlu dicari...iaitu kacang pool.

Rupa-rupanya kacang pool tu macam kacang parang dan 'pool' tu adalah 'foul' ejaannya. Setelah berbincang dan mengagak dimana boleh dijumpai, kami meluru ke Giant seks 13 Shah Alam. Cari punya cari, kami berjumpa kacang foul dalam tin, berjenama Kimball. Seterusnya, kami cari bahan-bahan lain: daging kisar, rempah-ratus dan roti.


Ada resepi menggunakan rempah kari daging tapi Mama pilih untuk guna rempah beriyani. Tak susah mana pun nak memasaknya. Tumis rempah beriyani dengan bawang merah dan putih dengan sedikit lepa susu (bagi menggantikan minyak sapi). Mama masukkan juga kayu manis dan bunga lawing. Setelah naik bau, masukkan daging kisar dan serbuk lada putih. Agak-agak dah masak daging tu, masukkan kacang foul dalam tin tadi dan renihkan dengan api kecil sehingga sebati. Sambil tu kalau nak hancurkan kacang tadi bolehlah dipenyet-penyetkan dengan sudip/senduk. Dalam diam-diam, aku berjengket ke dapur dan aku bubuhkan dua sudu cuka anggur.. keh keh keh.

Campurkan cili hijau dan bawang besar dihiris dan perahkan limau. Pecahkan telur ketika kuah itu masih panas dan kacaukan agar haba panas tadi dapat memasak telur. Dan kami makan dengan roti prata dan roti benggali..


Yang ini tanpa telur mentah...



Kemudian aku rasa kalau aku gunakan tomato puree + rempah atau sos spaghetti dicampurkan dengan kacang pool, mungkin sedap juga. Nantilah aku minta Mama cuba yang ini pula.





.

8 comments:

Nur Syuhada said...

nampak mcm sedap...nyum..nyumm..alhamdullilah..

Kniedaz said...

ooo..ada jual yang dah tin ke? tak pernah cari so tak pernah la jumpa...aku pun nak cuba la..pastu bawa p ofis..depa kat ofis ni jamu apa pun makan hehehehe

Nizam.Ariff said...

Nur Syuhada,
Aik.. belum dipelawa dah makan? Hahaha


kniedaz,
Eh.. tak...!
Yang dalam tin tu kacang pool je... lepas tu ke masak dengan rempah, daging dsb...

Nizam.Ariff said...

Kniedaz, aku update entri ini kerana takut terkeliru yang kuah kacang pool tu ada yang dah siap ditinkan....sebenarnya yang ditinkan itu hanyalah kacang parang tu je...

LydSunshine said...

eh, mangkuk bentuk epal ni aku ader. hehehe... aku letak cili kicap dlm mangkuk ni la yg aku amik gmbr utk letak dlm blog ni.

mana ngam guna rempah kari ke rempah beriyani/

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Eh...sama mangkuk kita eh....haha

t.a.t.a said...

Kalau best suh la mama buka gerai. Tak pun open table ke. Nak?

Nizam.Ariff said...

Tata,
Tak nak!!!


Hahaha...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com