Friday, August 1, 2014

Minuman Betik Akor @ Timun Akar @ Timun Susu...

.

Hari raya kedua, aku ke Titi Gantung, Perak. Ingin ziarah raya. Oleh kerana aku ke sana, aku mahu cari ikan Pekasam atau 'Wadik' hasil keluaran masyarakat Banjar dan Perak. Lebih spesifik, aku mencari Pekasam ikan sawah atau sungai. Lebih-lebih spesifik, aku mencari Pekasam ikan Sepat atau ikan Puteh sahaja.

Apabila sampai ke pekan Lambor Kanan, aku dapati ada yang sudah berjual barang-barang basah. Ada yang menjual  Pekasam tetapi ikan Tilapia. Aku tak beli. Kepada penjual jagung manis pula aku bertanya, kenapa raya ke-2 sudah berniaga? "Hari Raya dah semalam, Yeop. Hari ini dah tak beraya." Jawabnya sambil ketawa kecil, tak pasti pula apa yang tersirat disebalik ketawanya. (Nota: nama aku bukan Yeop).

Seterusnya, aku ke gerai yang menjual buah pelik ini. Nak dikata timun tapi bukan timun, nak dikata labu air tapi tak berupa labu air.





Kata peniaga itu, orang di Perak panggil 'Betik Akor'. Ada juga yang panggil Timun Susu. Katanya, buah itu dibuat air minuman. Aku beli 2 biji...RM2.70.

Kupas dan potong, blend dengan sedikit air dan susu pekat. Campurkan dengan ais. Aku berikan buah tadi kepada kakak ipar sebagai buah tangan semasa ziarah itu. Dia buatkan air untuk kami minum sama-sama.





Rasanya seperti 'honey dew' dan berbau wangi.
Kalau dicampur biji selasih, laaagi sedap agaknya...




.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com