Monday, July 14, 2014

Qada' dan Qadar ...takdir seekor anak burung...

.


Entri sebelum ini, aku ceritakan tentang nasib seekor anak burung yang baru belajar terbang. Burung itu aku selamatkan dari mulut seekor kucing. Sementara menunggu siang, aku letakkan ia di dalam sangkar usang milik burung serindit yang pernah dibela dulu.





Kemudian timbul satu persoalan sama ada aku telah menafikan habuan seekor kucing atau tidak. Adakah aku telah mengganggu takdir?

Persoalan takdir adalah sesuatu yang rahsia. Takdir itu bersifat ghaib, sesuatu yang halus...hanya Allah dan makhluk-makhluk yang diberitahu olehNya sahaja yang tahu.

Para syaitan pada satu masa dahulu bebas naik ke langit dan mendengar berita-berita yang dibicara dan dikhabar di langit, lalu mereka turun semula ke langit bumi dan menokok-tambah berita itu lalu diceritakan kepada tukang ramal. Sehinggalah para syaitan itu tidak lagi dibenarkan naik ke langit atas serta diancam pula dengan halilintar.

Qada' dan Qadar yang berlaku adalah takdir. Selagi ia belum tertunai, takdir masih belum berlaku. Dan bagaimana rupa takdir itulah kita namakan sebagai nasib. Itu serba sedikit bicaranya untuk orang awam seperti aku.

Bagi mereka yang berilmu tinggi, mereka mungkin bicara tentang sumber Qada' dan Qadar itu, adakah Luhil Mahfuz itu bersifat makhluk atau qadim, adakah Qada' dan Qadar itu bersifat baharu kerana kalau bersifat baharu bilakah ianya ditulis...dsb.

Apa yang berlaku kepada anak burung itu?


Malam tadi aku berkira-kira apakah takdir anak burung itu setelah aku berhasrat untuk menyelamatkannya. Adakah aku telah mengganggu takdir? Sama sekali tidak!!!

Takdir tak berlaku sebelum lengkap qada' dan qadar anak burung itu. Dan mungkin juga aku adalah sebahagian daripada rencana itu? Siapalah yang tahu.

Inilah yang berlaku...

Kucing inilah yang telah menangkap anak burung itu malam tadi dan aku selamatkan anak burung itu dari mulutnya...




Semalaman aku simpan anak burung itu di dalam sangkar. Pada paginya, sangkar itu terjatuh ketika ayah mertua mahu alihkan dari atas meja. Anak burung itu berjaya keluarvdan terbang...tapi jatuh semula....dan terus dibaham dan dibawa lari oleh si kucing ini pula....tidak tahu apa nasib seterusnya.




Pada malam tadi, aku ada katakan bahawa qadarnya tertangguh, jangan ditanya kenapa. Cuma aku masih berfikir bagaimana kesudahannya.

Sekarang sudah jelas.
Anak burung itu takdirnya akan mati tapi bukan menjadi habuan kepada si kucing kuning tetapi menjadi habuan si kuving putih. Manakala aku hanyalah pelengkap takdir mereka.


Siapakah si kucing putih itu? Kenapa mendapat habuan pula?

Si kucing kuning kucing gelandangan yang berbulu cantik. Dibela oleh tuan rumah, lengkap makanan dan minumannya. Manakala si kucing putih juga gelandangan tetapi datang kemudian, penakut dan kurus.... tertulis itu rezekinya.

Lihatlah cantiknya perancangan Allah....Subhanallah.





.

6 comments:

smbotak said...

kita lencongkan sedikit cerita ni. katakan la...

sebaik anak burung tu dimasukkan dalam sangkar, kau pun berikan dia nama. bila dah ada nama, mula timbul perasaan sayang dan kesian yang lebih. semestinya dia akan menerima perhatian dan jagaan yang lebih baik berbanding sebelumnya.


sangkar digantung elok, tanpa gangguan atau risiko jatuh ke lantai.

dibela dan diberi makan sampai besar, dipindahkan ke dalam sangkar lebih besar, sanggup berhabis untuk dia.

...hehehe, sekelip mata takdir dia juga turut `berubah' dek kerana tindakan memberikan nama tu!

Nizam.Ariff said...

SM.
Perghh...imaginasi jauh...hahaha.

Kita x boleh kata takdirnya dah berubah disebabkan diberikan nama. Sebabnya, kita tak tau takdir dia pun, tak tau apa yg tertulis pun.
Entah2 memang pun takdirnya akan mendapat nama dan disayangi. Kalau begitu, takdirnya tak berubah apa2 pun. Itulah takdirnya....cuma kita rasa ia dah berubah kerana kita relatifkan kpd prasangkaan kita je...sdgkn prasangkaan kita itu tidak betul.

Daddy Ziyyad said...

Mmg kau " part of takdir"..

Ditakdirkan, kau akan menulis tentang hal ini, sebagai dakwah kpd aku, kepada pembaca2 blog kau..

Nizam.Ariff said...

Daddyz.
Tak sia2 kematian anak burung tu...jd pengajaran untuk manusia juga....

aizamia3 said...

Takdir yang telah ditentukanNYA.

Nizam.Ariff said...

Aizamia.
Takdir...rahsia..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com