Tuesday, August 26, 2014

Lean Management... elakkan pembaziran...

.

Lean Management adalah istilah Barat.
Titik tolak asalnya ialah prinsip penyingkiran pembaziran atau 'waste elimination principles' yang diperkenalkan dari  Jepun. Prinsip ini dipopularkan melalui Toyota Production System atau TPS, yakni satu kaedah yang sistemik yang diamalkan oleh Toyota sehingga menjadi budaya kerjanya. Kemudian ia dicontohi oleh pemain industri automotif dunia. Akhirnya, banyak sektor lain pun turut mengamalkan budaya ini.

Konsep asas Lean Management ialah mengurangkan pembaziran.


Dalam Lean Manufacturing, ada 7 pembaziran yang dikenal pasti.

Sumber dari Google

Itu dalam dunia kilang seperti dunia aku. Ia boleh diadaptasi untuk aktiviti seharian seperti berikut:

1. Overproduction is a waste.
Mengeluarkan atau membuat sesuatu melebihi sepatutnya adalah pembaziran. Kalau masak nasi sampai berlebih dan sampaikan tambah nasi semata-mata sayang kalau basi adalah pembaziran. Lain kali, sukat beras mengikut lapar perut.

2. Transportation is a waste.
Memindahkan sesuatu banyak kali adalah satu pembaziran sama ada tenaga atau masa. Perbuatan memindahkan botol kicap dari dari meja makan ke almari dan vice versa setiap makan dan sesudahnya adalah perbuatan yang membazir. Sayugia botol kicap diletakkan di atas meja makan.

3. Motion is a waste.
Banyak bergerak adalah pembaziran tenaga. Kalau dah berteleku di depan tv tonton bola tiba-tiba terasa haus, suruh anak ambilkan air di dapur.

4. Waiting is a waste.
Melahu akibat menunggu atau melangut adalah membazIr. Daripada dok diam tak buat apa-apa yang berfaedah, zikirlah.

5. Processing is a waste.
Memproses terlalu lama adalah pembaziran. Seeloknya, kurangkan masa untuk memproses sesuatu. Kalau boleh, buat proses yang selari atau dua tiga perkara dalam satu masa. Contohnya, mandi+gosok gigi+bersabun secara serentak.

6. Inventory is a waste.
Menyimpan sesuatu dengan banyak untuk kegunaan kemudian adalah pembaziran. Inventori bermakna modal terpendam dan tak dapat ditukarkan kepada keuntungan. Jangan simpan banyak sangat barang makanan di dalam kabinet atau peti sejuk. Kalau stok makanan untuk sebulan, kurangkan kepada seminggu. Selain daripada menjimatkan ruang simpanan, biarlah kedai atau pasaraya yang simpankan untuk kita. Aliran tunai pun lebih cantik.

7. Defects is a waste.
Buat sesuatu benda yang tak betul dan terpaksa dibetulkan semula atau dibuang adalah membazir. Rugi bahan dan masa jika terpaksa betulkan yang tersilap.  Jadi, lakukanlah yang terbaik pada setiap masa sebab... adalah amat menyusahkan untuk betulkan keadaan yang sudah menjadi seperti bubur.


Kesimpulannya, gunakan sumber dengan minimum dan cukup-cukup sahaja. Bukannya kedekut...tapi untuk elak dari membazir. Membazir itu sifat syaitan...





.

5 comments:

JunAina said...

Boleh di praktikkan untuk urusan rumah...

Rai Ourkizuna said...

aku suka idea suruh anak ambikkan air tu.. lepas ni boleh praktikkan..

Nizam.Ariff said...

Junaina.
Silakan...mana2 yg sesuai...hehe

Rai.
Weh...aku main2 je yg tu...;)

aishah nin said...

good sharing :)

Nizam.Ariff said...

Aishah.
Thabks....;)

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com