Wednesday, September 17, 2014

Dihukum rejam di Selat Melaka...kejam buat si conel

.

Usai berjamu ikan dan kerang-kerangan bakar di Aroma Ikan Bakar di Jeram, Selangor,  aku pandu masuk ke kampung persisiran pantai berselut di situ. Sementelah matahari masih belum jatuh ke perut laut, aku jalan-jalan di bibir pantai...menapak di atas puing-puing cengkerang.

Tripod pemberian Dr. Singa (blogger) ada aku bawa. Kononnya hendak merakam matahari jatuh. Apakan daya, cuaca berjerebu...tak jadi nak pacak tripod.

Tak keluarkan kamera pun. Aku hanya bertemankan kamera pada Lenovo sahaja.

Dan pandangan aku tercoreng oleh satu seni yang menggerunkan...yang sadis...yang sungguh menyentap fikiran.








Kasihan kamu...
Tapi aku tak dapat tolong kamu.
Kerana aku tak tahu buka ikatan itu.
Kerana aku tak tahu jampi serapah apa yang sesuai.
Maaf, ya?




.

3 comments:

Kakzakie said...

Eh... macam ada motif tak baik pulak. Hmm.. tak baik buruk sangka kakak ni.

tasekM said...

aku syak ni kes putus cinta nih...



.

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Aku pun rasa mcm ada org nak buang saka je tu...


Tasekm.
...or worse...!
Ada gadis mongel diumpan dgn teddy bear, lepas tu kena rogol dan bunuh dgn jerutan oleh tali branya sendiri...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com