Friday, September 19, 2014

Menjala udang di Lumut, Perak.

.

Malam tadi, di laut Lumut...


Imej kabur kerana gunakan kamera h/p 

...semacam ada keramaian di pantai kecil dan landai di benteng di pekan Lumut. Berpuluh-puluh orang menjala di laut landai itu. Tak hiraukan bot feri yang masih berulang-alik dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor. Aku ada bertanya kepada salah seorang yang menjala (tetapi sedang berehat di tepi pantai), mereka itu mencari udang putih. Udang putih ialah udang laut yang biasa di goreng butter di restoran-restoran. Aku rasa itu mungkin udang kertas.

Katanya lagi, tak semua mereka itu nelayan pantai. Ramai daripada mereka, termasuk dirinya, adalah orang dari darat yang datang untuk menjala udang untuk dibuat lauk.


Aku tak pernah lihat aktiviti ini di situ sebelum-sebelum ini.  Walau pun aku jarang-jarang bermalam di Lumut, setahu aku tidak ada aktiviti menjala seramai ini. Kalau seorang dua datang memukat pada waktu malam itu memanglah ada, kalau dua tiga sampan nelayan melabuh jaring malam dan siang itu memanglah ada. Tapi kalau berpuluh-puluh orang datang menjala memang tak ada.

Kata orang itu lagi, mereka pun baru sahaja menjala di situ...dalam setahun ini...sejak ada udang laut bersaiz xxl berenang dan membiak di pantai itu.

Menurut teorinya, udang itu mula membiak ke gigi pantai kerana laut yang tak bergelora dan laut yang landai dan berpasir, tidak berlumpur...selain daripada tiada gangguan mana-mana pengunjung pantai yang mandi-manda atau bermain bot pisang atau jetski di situ. Hmmm....aku baru sahaja mahu berendam di pantai itu...sebab orang tak ramai dan ia seperti ekslusif pada hotel ini walau pun ia adalah pantai awam.






.

4 comments:

Kakzakie said...

Nasib baik belum berendam lagi kalau tak ada yang menyangka ada org hebat tangkap udang pakai tangan aje (sebab situ tempat org memancing)...

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Ooo...ye ke? Tapi mlm tu takde nampak org memancing..mgkn sbb dah ramai yg menjala..

LydSunshine said...

legend lumut ke. eh, nama dia masih legend ke. nape ko tak join skali jala udang?, untung2 dpt udang xxl, bleh buat butter prawn. tapi udang putih ada saiz xxl ye, baru aku tahu.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Aku tak bwk jala....aku bwk pancing. Dah derang menjala, takkan aku nak mancing kot...hotel legend? Tak...ni hotel yg hujung sekali dkt pintu masuk Navy dr Lumut.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com