Saturday, October 25, 2014

Fuhh....2190 dah aku tulis.....tapiiii...

.

Sejak akhir-akhir ini, blog aku agak sunyi dari entri yg baharu. Aku rasa macam kelmarin aku update  rupa-rupanya dah berselang hari! Kalau dilihat pada statistik yang lepas-lepas sejak April 2008, aku ada 2190 entries. Jadi, purata aku update satu entry setiap 1.07 hari. Maknanya hampir setiap hari.


Tapi sekarang lihatlah. Mungkin:-

  • Aku ketandusan cerita untuk ditulis, atau
  • Aku terlalu sibuk hingga aku ingat semalam baru update tapi rupa-rupanya sudah beberapa hari, atau
  • Aku dah mula malas nak tulis, atau
  • Aku ada medium alternatif yg lain, atau
  • Aku penat dengan dunia blog, atau
  • Aku dah bosan, atau
  • Motivasi untuk menulis berkurangan, atau
  • Aku sakit, atau
  • Aku rasa bersalah untuk terus berada dalam blogsphere, atau
  • Perkakasan dan ruang untuk menulis mulai tertutup, atau
  • Aku dipukau, atau
  • Aku dirasuk, atau
  • Aku bersedih, atau
  • Aku takut jika terdedah, atau
  • Aku bertambah antisosial, atau
Atau....

Atau.... aku sedang kehilangan AkuYangAkut...?


Aku mahu sambung kisah Pak Belang dengan Sang Raja Singa di bawah itu tapi sebaliknya cerita itu aku ceritakan semula kepada diri aku, kemudian aku tinggalkan. Dan aku tak tahu kenapa aku buat begitu...

Kisah Pak Belang dan Sang Raja Singa pada asalnya tentang Change Management Strategy dan kini menular kepada  Tactical Principles...




.

2 comments:

nae nematoda said...

mungkin terlalu sibuk plus malas yang berganda-ganda...hahaha

Nizam.Ariff said...

Nang.
Mungkin juga...tapi apa yg aku sibuk entahlah...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com