Saturday, October 18, 2014

Survival di sebuah pulau kecil...

.

Setelah berdayung sekian lama, rakit buluh kenaikkan Pak Belang dan Sang Raja Singa pun merunduk pantai di pulau itu. Pasirnya putih bersih, nyiur melambai-lambai ditiup angin. Deru ombak memecah pasir dan kulit kerang.

Sejurus mendarat ke pantai, Sang Raja terus melompat ke daratan lalu terus berjalan masuk ke dalam hutan. Tinggallah Pak Belang seorang diri mengepit dayung seludang  sambil menarik rakit buluh menuju ke gigi hutan.

Sang Raja bercekak pinggang. Wajahnya puas, tersenyum. Akhirnya dia dapat membuat kerajaan baharu di pulau yang tak berpenghuni itu. Dia dapat mulakan negara yang baharu.

"Di situ nanti peterakna beta." Katanya sambil menunjuk kepada bukit kecil.

"Di situ pula balairongseri, balai mengadap." Ditunjuk pula batu-batu besar.

"Di sana pula jerumun beta...." Tapi Pak Belang campakkan dayung seludang.

"Mana ada ra'ayat yang nak bertukang lagi dah! Semuanya dah lemas." Kata Pak Belang separa menjerit.


Pak Belang berjalan semula ke gigi pantai, ketika berselisih bahu dengan Sang Raja Singa, dia sempat berbisik...


"Psssttt.....apalah raja tanpa ra'ayat.... bodoh!"





.

6 comments:

Rai Ourkizuna said...

Betul.. Apa lah raja kalau tak ada rakyatnya..

Nizam.Ariff said...

Rai.
Tiada pemimpin tanpa ada orang lain.....

sudipVSsenduk said...

"Psssttt... to be continue lagi ke?"

Nizam.Ariff said...

SvS.
Pssttttt......ha ah....
Nak dengar tak?

LydSunshine said...

Aku dah terbaca episod 3 dulu baru episod 2. Lepas ni baca episod 1 plak.

Ada satu je la rakyat Raja Singa ye.

Nizam.Ariff said...

Lyds,
Ha ah...dah semua mati...hehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com