Sunday, November 30, 2014

Biopsi aku...

.


Lebih 10 tahun dulu....di sebuah hospital swasta:


"Saya kena buat biopsi ke atas awak, baru boleh pasti." Kata doktor wanita.

Seorang jururawat muda datang menatang dulang.

"Banyak ke sampel diguna buat Autopsi?" Aku tanya doktor.

"Biopsi laaa.....bukan Autopsi." Terang doktor separa menjerit sambil menulis sesuatu di meja.

"Ooo....biopsi, bukan autopsi..." Gumam aku.




"Psstt...."

Jururawat muda di tepi katil menjeling aku.

"Ada beza biopsi dengan autopsi eh..?"
Tanya aku hampir berbisik ke telinga jururawat muda. Aku tak nak doktor dengar.

Dia tersenyum, ada sepasang lesung pipit.


"Autopsi tu untuk orang mati la..." Jawabnya.


"OOOOOooooo...."
Muncung aku hampir membulat.





.

7 comments:

gadisBunga™ said...

muncung bulat untuk uuuuuu atau oooooo?

Nizam.Ariff said...

GB.
Uuuuu tu mcm nak cium jekkk...

Rapunzel Cikilolo said...

dua-dua tu aku tktau ape mksdnye...

kehkehkeh.

Nizam.Ariff said...

Rapunzel
Dua dua pun x bagus utk kita....

ewanthology said...

dapat no telefon jururawat tu tak?


ehhh

Nizam.Ariff said...

Ewan.
(Dapat...hik hik)

LydSunshine said...

Belum masa lagi utk ko buat autopsi.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com