Friday, December 12, 2014

Hidup dan mati..

.


Dulu, ada orang itu kata...

Hidup ini mati
Dan mati adalah kehidupan.


Lama aku berfikir...lamaaaa sangat
Apakah maksud dia itu?
Aku intai pesonanya
Aku tilik bayang-bayangnya
Biasan di cermin..umbra di lantai simen
Tidak dapat aku teka

Lalu aku perbuat andai tentangnya
Mungkin kisah dirinya mahu ditamatkan
Mungkin tewas dalam perjuangan
Mungkin juga kecewa disisih harapan


Setelah sekian lama...lamaaaaa sangat
Aku rasa aku faham maksudnya
Ia tertulis pada jubah kelabunya
Tertulis juga celak dan kopiahnya
Nyata dan jelas pada tutur katanya

Dia itu berkata tentang arah yang ditujui
Tentang apa yang ditinggal
Tentang apa yang ingin dibawa
Dalam menuju alam akhir, dunia ini perlu fana
Fana dari mata
Fana dari telinga
Fana dari hati sanubari
Fana dari segala kias nafsi

Dan jikalau dunia masih tidak fana,
Diri ini...diri ini perlu fana.


Aku faham akhirnya....
Tapi setelah sekian lama....lamaaa sangat-sangat.






.

8 comments:

Sham said...

Aduh aku jugak xpaham2...sungguh jahil dgn ayat2 seni ni...huhu...

Nizam.Ariff said...

Sham.
Tak boleh terang-terangan...nnt panjang lebar ceritanya..

ewanthology said...

sebab tu ada yg cakap, kejarlah akhirat, jgn terlalu mengejar dunia.

Nizam.Ariff said...

Ewan.
Cakap dan melakukan adalah dua perkara berbeza...

kakyon said...

tak faham apa kisahnya :)

Bunda a.k.a KN said...

Salam hujung minggu dari Bunda...

sebuah coretan yang sangat mendalam akan maksud yang tersurat dan tersirat...

Rapunzel Cikilolo said...

hidup dan mati itu adalah tujuan manusia.

LydSunshine said...

Lepas mati itulah baru sebenar2 kehidupan kata org bijak pandai. Aku percaya itu.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com