Monday, December 15, 2014

Keupayaan otak manusia 100%...

.


Aku terlepas Lucy di pawagam. Jadi aku bayar dan tonton di astro sahaja. Ariff bertanya, kenapa aku heria-ia sangat nak tonton cerita 'Lucy'?

Seperti kebanyakkan filem sci-fi holywood, filem yang berunsur seperti ini biasanya bermula dengan ' What if...?'. Dan aku gemar untuk cuba memahami idea dan pandangan orang lain dalam menjawab soalan itu, termasuklah imajinasi mereka.


Dasar kepada cerita Lucy ialah 'What if human can use their brain at 100% capacity?'

Perihal dadah sintetik CPH4 hanyalah pemungkin cerita. Watak-watak hero dan anti hero hanyalah pembuat jalan ceritanya. Tanpa mereka itu cerita Lucy akan menjadi sebuah dokumentari yang cocok untuk Discovery Channel sahaja.

Sekali lagi, watak yang dibawakan oleh Morgan Freeman adalah sebagai narator untuk membahaskan falsafah sains tentang kapasiti otak tadi. Tanpa watak profesor-profesor itu, tiada sesiapa yang dapat menceritakan apa yang berlaku pada Lucy, dan tiada tujuan bagi Lucy untuk meneruskan kisahnya.


Setiap peringkat keupayaan otak membuatkan Lucy memiliki keupayaan luar kebiasaan manusia normal. Berapa penggunaan kapasiti otak untuk manusia normal? Entahlah....aku lupa, mungkin dalam belasan sahaja. Bagaimana mereka kira? Pun aku tak tahu. Kita terima sahajalah dahulu, yang penting ialah idea 'what happen if human use 100% brain capacity?'.


Ariff kata bahagian otak lain banyak diguna untuk mengawal fungsi tubuh yang kompleks tapi aku tak setuju. Kalau setakat berjalan berlari makan minum itu semua tak perlukan otak seperti manusia. Seekor lalat mampu makan minum malah terbang dengan cekap sedangkan otaknya kecil sahaja. Sekor lembu mempunyai otak yang lebih besar dari manusia tetapi lembu tak boleh membaca menulis mengira pun.


Jadi kapasiti otak mungkin tidak semata mata tentang saiz otak. Ia tentang penggunaannya. Saiz otak manusia hampir sama tapi tak semua manusia mempunyai tahap kecerdasan yang sama.

Ketika Lucy menggunakan otaknya pada tahap 90% dia mampu menghentikan masa...malah bergerak kembali ke masa silam. Pada mulanya aku pelik. Bila aku tonton semula, aku dapati Lucy masih ada di atas kerusi di kolej bersama-sama semua profesor. Jadi fizikal Lucy masih di situ, cuma otaknya membaca data silam yang terkumpul sebagai maklumat di tahap selular dan zarah. Dalam hal ini, hukum fizik 'information cannot be destroyed' mungkin digunakan.


Ariff bertanya lagi, kenapa Lucy ghaib apabila kapasiti otaknya mencapai 100%? Aku pun berfikir yang sama. Kenapa jasad perlu hilang? Yang aku rasa itu adalah cara penulis cerita untuk melepaskan diri dari memberikan jawapan kepada pertanyaan asal tadi.

Aku tak pasti apakah definisi cerita itu tentang roh. Bagi sesetengah saintis yang tak percaya agama, roh adalah 'kesedaran'. Sedangkan kita tahu 'kesedaran' hanyalah fungsi otak sahaja. Jika mereka pengsan dan tak sedar, adakah bermakna roh tiada? Dan apakah bezanya pengsan dan mati (kedua-dua tak sedar tapi satu ada roh dan satu tidak)?


Tapi aku berikan penerangan yang lain kepada anak aku, Ariff:


Roh kita perlukan jasad untuk melaksanakan keperluannya seperti bergerak ke sana ke mari atau mengambil sesuatu barang atau apa pun. Hakikatnya roh melakukannya dengan jasad. Itu adalah keterbatasan roh yang menghuni jasad. Untuk menguruskan jasad, ia perlu makan dan minum dan menjaga kesihatan dsbnya.

Jikalau keterbatasan itu tiada, katakanlah roh itu mampu melakukannya tanpa ada halangan, masihkah jasad itu diperlukan?


Aku berikan dia berfikir....mengikut imajinasinya pula.



(Nota: tanpa makan dan minum kita akan mati tetapi ketika kita di alam barzakh kita tidak makan atau minum kerana kita memang telah mati dan tiada keperluan untuk makan dan minum...kerana makan dan minum adalah habuan untuk jasad. Apakah ruh merasai sakit terseksa di alam barzakh dan akhirat? Ya, sudah tentu kerana di dunia lagi ruh merasa sakit contohnya jika terluka. Adakah jasad yang merasa sakit? Tidak, jasad tak rasa sakit tapi ruh yang rasa sakit. Sebab itulah mayat tak menjerit jika ditikam. Yang menjerit ialah rohnya. Allahu'a'lam).


.



.

15 comments:

Anonymous said...

wallahualam...

sama-sama kite menjaga roh dan jasad dengan baik.

Nizam.Ariff said...

Rapunzel.
Jasad elok, mudah nak ibadat....

LydSunshine said...

Ko sebenarnya nak tgk Scarlett Johannsen kan?

Setahu aku, jasad yang sakit kalau kena toreh dgn pisau. Roh yg tak sakit. Sebab tu kalau dalam mimpi kalo jatuh tergolek kita tak rasa plak sakitnya tu sbb roh je yg tergolek. Dan kalau menguruskan jasad orang mati, kita dianjurkan untuk berlemah lembut dgn jasad sebab jasad boleh rasa sakit. Itu yg aku faham la. Tapi aku rasa sebab ilmu aku kurang kot, sbb tu aku tak tahu sgt pasal ni.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Kalau luka jasad yg berdarah tapi roh tidak...itu maksud aku.

Su @ Aya said...

Mlm semlm aku rasa macam ditindih hantu. Dah lama tak rasa begitu. Aku macam tk boleh bernafas. Aku cuba baca ayat2 quran, tp aku rasa tak terkeluar dr mulut. Aku hampir jatuh dr katil dan aku rasa aku menjerit allahu akbar dengan agak kuat. dan kemudian aku macam terjaga. yaa.. aku rasa aku tak bermimpi tp roh aku diganggu!

Nizam.Ariff said...

Su.
Aku rasa ramai yang pernah alaminya...termasuk aku. Ia kekal menjadi misteri...

Kakzakie Purvit said...

Ariff mesti mula berfikir bila papanya memberikan penerangan tentang roh dan jasad yg berkaitan. Kakak rasa juga Ariff pun punya jawapan yg terbaik bagi soalan yg papanya berikan. Cuma tak dinyatakan di sini.

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Mungkin juga dia simpan jawapan tu sehingga sesuai waktunya...

ewanthology said...

Baca pun dah pening. .. kena tgk citer ni gak utk pemahaman kot.

Nizam.Ariff said...

Ewan.
Haha....tapi kat wayang dah x tayang...download je la...

Temuk said...

Nizam.Ariff
Assalam. Dengan otak yang tahap penggunaannya entah berapa peratus ini, Pak Temuk belum mampu (mungkin langsung tak akan mampu) menguraikan persoalan-persoalan Nizam.Ariff itu. Pengukuran tahap penggunaan otak pastinya amat memusykilkan.

Nizam.Ariff said...

Temuk.
W'salam kang temuk.
Ya...entah macam mana diukur otak manusia tu...haha

Unknown said...

sebab otak terdiri dari berbilion2 cell mungkin? penggunaan otak dan reaksi jasad gabungkan dengan keistimewaan manusia yg Allah bagi, maka everythings is possible... contoh macam kita dikejar anjing.. kita asalnya tak mampu lari dengan laju, jadi bila perasaan takut diaktifkan dalam otak kita, segala nerve membuatkan kita berlari lebih laju diluar kemampuan kita..tapi Lucy tu mcm karut sikit sains nye..hahaa

p/s : sy tak tahu apa yg sy merepekkan, dulu time sekolah sy tido waktu kelas biology..hikhik :p

Nizam.Ariff said...

CKK.
Cerita tu hanya cereka sains...ikut imaginasi dia org je tu...

Unknown said...

Manusia rasa sakit sebab ada reseptor sakit dalam kulit. Kalau reseptor ini tidak berfungsi,maka tidak ada rasa sakit. Jadi perasaan sakit,panas ,pedih dsb. Itu hanyalah gerak balas dari impuls saraf yang ditafsir oleh otak manusia.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com