Wednesday, January 7, 2015

Kisah perjalanan Hasri dan telurnya


.

Bayangkan ada seorang lelaki hensem bernama Hasri sedang duduk di dalam Komuter. Di tangannya ada sebiji telur ayam rebus belum berkupas cengkerang. Komuter itu sedang bergerak pada kelajuan 60km/j. Hasri lambungkan telur ayam tdi dan menyambutnya semula. Oleh kerana rintangan udara akibat komuter yang bergerak itu minima sebab Hasri berada di dalam gerabak yang berhawa dingin, maka telur tadi elok sahaja disambutnya.



Kita akan nampak Hasri dan telurnya berada di tempat yang sama.

Tapi jika kita plot pergerakan versus masa pada sekeping kertas dengan objek 'A' sebagai Hasri dan objek 'B' sebagai telur ayam, kita akan dapati seperti berikut:



©nizam.ariff punya.



Kita akan dapati jarak perjalanan yang dilalui oleh A (Hasri) dan B (telurnya) tidak sama. Kita dapati B (telurnya) melakukan perjalanan lebih jauh (melengkung) walau pun mereka tiba pada kedudukan baharu (A' & B') pada masa yang sama.



Apakah yang dilalui oleh telur (B > B')?
Pengalaman sebiji telur yang Hasri tidak dapat rasainya. Perjalanan hidup yang berbeza walau mereka mempunyai masa yang sama...yakni sehari 24 jam.







.

10 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

Masa itu adalah relativity.

Daddy Ziyyad said...

Yg pasti, telur hakiki Hasri bergerak pada lengkung & masa yang sama dgn badan Hasri.

kah kah kah

Nizam.Ariff said...

Rapunzel.
Almost there....hihi


Daddyz.
Bab yg tu ko je yg terer...haha

ewanthology said...

ulasannya membuatkan benda yang mudah nampak susah... huhu

LydSunshine said...

Kalo hasri nak merasai pengalaman yang sama seperti telur yg baling tu, dia perlu melompat bersama telur tapi mgkn tetap tak sama melainkan telur tu dia genggam semasa dia melompat. Tak gitu?

Tapi kenapa ko pilih telur sebagai contoh?

Nizam.Ariff said...

Ewan.
Ya...kadang2 kita lihat perkara2 yg berlaku itu mudah tetapi tidak...


Lyds.
Sebab Hasri dan telur (rebus)nya payah terpisah... hahaha

cinta said...

kalau hasri makan telur itu, bagaimana pula dgn pergerakan telur sewaktu dalam perjalanan dari tangan ke mulut hasri?

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Jadi senak perut la dia...
Sbb telur terlambung2 dlm perut...

Tijah said...

Kesimpulannya?

Nizam.Ariff said...

Tijah.
Belum sampai kesimpulan lagi....ada sambungannya.Itu baru mukadimah je....sabau eh....hehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com