Tuesday, February 16, 2016

Pilihan yang sukar

.

Seorang pengembara telah sesat di padang pasir.

Selama pengembaraannya itu, dia hanya ditemani oleh seekor kambing dan seekor anjing.


Kambing itu memberikannya susu.

Anjing itu pula menjaga keselamatannya sebagai 'mata-mata'.


Setelah beberapa lama sesat di padang pasir yang tandus, pengembara itu hampir-hampir kehabisan makanan.

Kini dia menghadapi dilema:

patutkah dia korbankan kambingnya untuk makanan dia dan anjingnya sedangkan selama ini kambingnya itulah yang memberikan susu untuk diminum?

Ataukah dibunuh sahaja anjingnya supaya tak perlu berkongsi makanan sedangkan selama ini anjingnya yang memastikan keselamatannya?

Dan pengembara itu tahu bahawa makanan dan keselamatan, kedua-duanya, adalah penting untuk terus hidup.
.
.
.
Dia ambil keputusan untuk membunuh dirinya,

kerana tidak sanggup membuat keputusan
selain membunuh dirinya.

3 comments:

cinta said...

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..

Dh bunuh diri mmg la xperlu mkn dah.
Tp xde chance nk slamat lg dah.

Bila dia dh mati akhirnya anjing dia pulak yg mkn kambing tu. Laporr..

Moralnya, ikut rasa binasa. Hehe..

Fendi Rocka said...

dalam keadaan begini, kebolehan mengawal emosi adalah segalanya

Daddy Ziyyad said...

Malangnya, dia akhirnya kurang berakal berbanding kambing & anjing nya. Mungkin kalau dilahirkan semula, dia perlu tonton rancangn survival Bear Grylls

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com