Monday, April 11, 2016

Rindu yang jauh...

.

Hasri bermenung kosong.
Dia merenung langit yang kosong,
melihat awan yang kosong,
melontar jauh pandangan ke ufuk kosong.
Matanya...berkaca-kaca tapi tak bercahaya.

Kamal biarkan sahabatnya melayan perasaan. Dia sendiri tak tahu mau bicara apa. Jadi...dia diamkan diri.


"Kalaulah alam barzakh itu adanya di khutub Utara, pasti aku usahakan diri, walau sepayah mana pun, aku akan pergi..." kata Hasri.

"Untuk apa?" tanya Kamal.

"Aku mahu cari dia. Aku mahu bertemu dia di sana." jawab Hasri.

Kamal lepaskan nafas berat sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya yang mulai digegar sedu.

"Aku rindu kamu..." bisik Hasri pada angin.

"Sabarlah.. Fahami erti redha." pujuk Kamal.




.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com