Thursday, December 29, 2016

Kenapa dipanggil Nasi Paku Ayam Kampung?

.

Sudah 2-3 kali aku makan di gerai itu tapi biasanya aku makan Nasi Kerabu atau Nasi Kukusnya yang memang 'berasa'. Harga pun menawan dompet.

Tapi kebelakangan ini ada ternampak satu menu tambahan: Nasi Paku Ayam Kampung. Tengahari tadi aku berniat untuk mencubanya. Lokasinya agak tersorok, di seksyen 26 Shah Alam, gerainya di dalam kawasan perindustrian. Tapi ada cawangan lain.

Kenapa Nasi Paku???
Aku tengok tak ada pucuk paku pun. Sayurnya timun hiris, taugeh tumis, sambal belacan. Kuahnya campur2 dan katanya kuah itulah yang jadi penyedap. Kemudian, lauk dipilih ikut suka. Aku pilih ayam goreng berempah sahaja. Air sirap. Harga: hanya RM7.50.



Sebelum aku beredar ke meja makan, aku nampak semangkuk paku besi bersaiz 2½ inci di atas meja hidangan tadi. Aku syak dia letak paku besi di situ sebab pelanggan asyik bertanya saja. Aku sempat tunjuk paku besi itu, 'kalau nak, ambiklah' katanya sambil tertawa.

Kenapa Nasi Paku??? Masih lagi misteri bagi aku....


.

8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak pun ingat ada sayur pucuk paku
Adalah tu motif diberikan nama gitu.

Anonymous said...

mungkin dia nak kesedapan masakan tu terpaku dalam kepala kita. agaknya la...

Anonymous said...

sekejap, boleh bagitau lokasi? sebab aku antara penggemar nasi kukus dan kebetulan sekarang pun aku kerap ke shah alam.

Nizam.Ariff said...

Kakzakie
Motifnya masih misteri padaku...haha

SM
Cawangan yg aku pegi tu kat seksyen 26 shah alam, ada kawasan industri baru klu x silap ipac2...bekas kilang Fujitsu berdepan kilang Proton. Dulu ada kilang kamera canon(?) dan Gas Malaysia. Gugel je Umi Nasi Paku Ayam Kampung. Nasi kukus dah x jual kat situ.

Insyiraah said...

nasi paku tu dapat nama dari penggunaan paku menggantikan getah utk mengikat bungkusan nasi tersebut.

Nizam.Ariff said...

Insyiraah
Oop.... thanks for info

Unknown said...

ada satu restoran nasi sumatera di kota bharu, guna paku untuk bungkus nasi (ganti lidi/getah), sebab tu panggil nasi paku

moses said...

Nasi paku ni berasal drpd sumetra.. paku tu utk ikat kertas bungkus.. lani dah ganti getah sb tukang rumah bising asik2 paku habis je time nk buat rumah

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com