Thursday, January 5, 2017

Tips beli barang di pasaraya

.

Ekonomi domestik semakin mendesak di 2017. Lantunan pembetulan ekonomi aku lihat macam tak ada lagi. Kadang-kadang aku mula syak ada pihak yang cuba gagalkan langkah-langkah pembetulan ekonomi. Hmm... sekadar teori konspirasi. Itu biarkanlah pihak berwajib dan ada kuasa yang buat kerja. Aku tak pandai dan tak ada kuasa. Aku insan yang lemah tanpa suara.

Jadi aku mencari lorong-lorong sempit diantara himpitan blok-blok ekonomi domestik. Aku perhatikan ada beberapa perkara yang boleh diadaptasi, dan aku nak kongsikan kepada sesiapa yang sudi:



  • Susu kotak - aku dapati di 'pasaraya gergasi' (tapi mungkin tidak di semua cawangan), susu-susu kotak 1 liter pelbagai jenama dan rasa, harga promosi susu itu bergilir-gilir diantara jenama-jenama. Oleh kerana aku tidak terikat dengan mana-mana jenama, susu kotak 1 liter yang harganya kurang daripada RM5 adalah berbaloi.
  • Mentega - juga di 'pasaraya gergasi' (tapi mungkin tidak di semua cawangan), aku dapati taktik yang sama juga dibuat tetapi hanya pada 2-3 jenama sahaja. Oleh kerana kita ada peti sejuk, tak salah kalau kita beli 2-3 buku ketika harga sedang promosi walau pun hari raya lama lagi.
  • Sayuran - ada sebuah pasaraya besar yang lain selalu akan letakkan sayur-sayuran layu di satu rak khas dengan harga yang dipotong hancus. Setiap kali aku ke situ, aku pasti akan menjengah ke rak itu. Memang tak semua barang berbaloi tapi ada yang masih baik. Lagi pun, kalau kita beli sayur segar sekali pun, kita akan simpan stok seminggu dan jadi tak segar. Sama sahaja. Kalau buah-buahan, aku tak beli kecuali lemon. Kalau sayuran hijau, masih boleh dipertimbangkan. Kalau nak dimasak sehari dua lagi, tak salah kalau beli. Tapi selalunya aku intai kulat / cendawan luar negara di rak itu sebab biasanya cendawan itu boleh tahan lama. Ada juga sayuran luar negara yang bermusim. Bila tiba musimnya, harganya akan murah. Apa lagi, masakan kita pun ikut musimlah.
  • Stock Clearance - kalau ada rak atau bakul 'stock clearance', jangan malu nak tengok. Bukan masanya untuk malu-malu. Kalau malu nanti rugi. Cuba lihat packing dan tarikh luputnya. Kalaulah barang makanan itu boleh dihabiskan sebelum tarikh luput, beli saja. Takkanlah 1 kotak 1 liter minuman yang akan luput bulan depan tak boleh habis dalam sebulan? Tapi kalau packingnya sudah rosak, jangan diambil.


Mungkin ada cara lain lagi untuk berjimat.



.

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Dlm keadaan ekonomi yg kian rigid, langkah penjimatan begini perlu diwar-warkan utk dijadikan panduan semua.

Nizam.Ariff said...

Kakzakie
Semoga ramai dpt manfaat...

aizamia 3 said...

Semakin berjimat dengan keadaan semasa sekarang. Bila ada peluang jualan murah di pasaraya besar, memang akan saya pergi walau bukan selalu.. hehehe..

Nizam.Ariff said...

Aizamia
Kita perlu prihatin dlm belanja skrg ni....cheapskate pun xpe....haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com