Monday, September 18, 2017

PDPA : menjawab persoalan tentang perlindungan peribadi...

.

Dalam entri yang lepas, ada satu komen @ pertanyaan dari Saudari Rapunzel Cikilolo. Satu pertanyaan yang bagus.



Akta itu berkesan bilamana data peribadi kita telah digunakan tanpa pengetahuan / persetujuan kita atau telah diberikan kepada pihak ke-3 kecuali untuk tujuan yang dibenarkan oleh akta i.e. bil, warranty, perkara berkaitan produk, feedback dll.

Jika kita telah bersetuju, ceritanya dah berlainan.

Pada tahun 2013, aku telah terima sepucuk surat yang meminta persetujuan untuk gunakan maklumat peribadi aku. Sebagai respon, aku tulis satu emel meminta pengecualian beberapa perkara, seperti di bawah:



Dan emel aku dibalas seperti di bawah:





Dengan kata lain, jika aku tak bersetuju, langganan aku akan terbatal! Dan aku bukan lagi pelanggannya (baca perenggan dalam kurungan merah).

Jadi, apa pilihan aku?

Hmm....'dunia tanpa sempadan' juga bermaksud tiada garis sempadan privasi yang jelas. Hahaha...


.

5 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

kihkihkih.

entahla. tapi anggap ja data tu untuk kegunaan internal mereka sbg salah satu method utk survey pelanggan.

namun risau juga kalau dlm menggunakan data tersebut, mereka 'main belakang' atau menggunakan data tersebut utk tujuan yang salah dari sisi undang-undang; paling merugikan tanpa pengetahuan kita.

mntakla dijauhkan.

Lady Windsor said...

benci betul aku kalau situasi macam ni, memang tak ada pilihan kan. sebab tu rumah aku tak ada astro. tv pun tak ada..yg ada cuma radio je..

Nizam.Ariff said...

Rap.
Dah itu permainannya, kena ikutkan je la....hahha

LW.
Anti technologi tuuu...haha

sudipVSsenduk said...

Kekadang fikir berpuluh kali nak isi borang yg memerlukan data peribadi, tapi mmg tak boleh nak elak :(

Ada tu, nak beri rasa produk baru (air kopi percuma) di pasaraya pun kena isi borang... memang tak la

Nizam.Ariff said...

SvS.
Aku pun x bg...especially hp no.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com