.
Sambungan entri kelmarin...
Kepada yang biasa dengan projek2 membina laman web atau sistem social media terutamanya berkaitan dengan marketing, istilah UI / UX dah memang makan minum mereka.
User Interface dan User Experience. Kedua2nya untuk memudahkan pengunjung laman dan memberikan impak / tarikan. Tapi yang dahsyatnya ialah kreativiti mereka dalam membangunkan UI / UX. Ada yang cuba menjadikan laman itu personalized kepada pengunjung. Usaha2 itu memerlukan data analitik...untuk membina profile setiap pengunjung. Dan seperti yang kita ketahui, ianya 'dibekalkan' oleh penyedia sistem, termasuklah media-media sosial yang kita guna.
Ada sekali itu, penyedia data analitiks ini berikan satu contoh untuk aku lihat. Dengan hanya menekan beberapa keywords, programnya mencari di seluruh media sosial dan dapat berikan statistik. Bukan itu sahaja, ia senaraikan pengunjung dan pemberi komen utama - negative atau positif. Bukan itu sahaja, ia tunjukkan juga siapa individu itu, apa profilenya, social media nya dan boleh hubunginya, jika mahu. Maksudnya, dalam berjuta orang, ia boleh cari sampai ke tahap individu.
Oh ya. Jangan salahkan mereka. Kita sendiri yang 'membenarkan' info kita diambil. Huh...
Kalau tak percaya, cuba. Kepada pengguna handphone dengan sistem android. Anda diminta untuk daftarkan emel anda dalam handphone. Anda perlu daftar juga kepada Google untuk muat turun apps. Apalah smartphone jika tiada apps, kan?
Bukan itu sahaja, pengesahan dihantar melalui SMS. Secara tak langsung, mereka dapat emel dan nombor handphone anda. Cukup. Anda sudah berikan info rujukan unik. Macam kad pengenalan, macam passport anda. Seterusnya, apa2 yang anda buat, anda layari dll akan dikaitkan dengan rujukan unik anda. Sedikit demi sedikit, internet akan membina profile anda.
Bukan itu sahaja. Tahukah anda bahawa setiap handphone anda telah ada nombor siri unik untuk 'advertisement experience'? Tujuannya, untuk mengetahui 'siapakah anda' dan internet akan 'tawarkan' iklan2 yang 'sesuai' dengan anda setiap kali anda melayari internet...seperti pop-up dll.
Cuba cari dalam setting handphone seperti di bawah. Dan baca info yang ditulis. Siap ada advertising ID lagi...
Dan baca apa 'amaran' nya jika kita pilih untuk opt out...
Hmm... Inilah dunia akhir zaman..
.
6 comments:
Kelu...xtahu nak taip apa...Moga semuanya baik baik saja, internet dah jd sebahagian dari keperluan urusan kerja...
HJ.
Menakuti kita...hehe
jom pakai public phone
SvS.
Erkk....??
betul.
tapi sekarang bkn ke ada perlindungan akta peribadi. tu tak menjamin ke?
Rap.
Soklan yg bagus. Aku jawab dlm entry, ya....
Post a Comment