Saturday, November 18, 2017

Penting : Penjagaan Tayar Kereta...jangan jadi macam aku

.

Musim hujan sekarang ini. Aku perasan apabila aku membelok, bontot kereta terasa membuang / lari ke tepi. Apabila aku terlanggar cat putih di atas jalan tar yang basah, kereta terasa lari ke tepi.

Aku tau, salah satu tayar belakang sudah licin bunganya. Tapi yang sebelah lagi aku tengok masih tebal bunganya. Sepatutnya masih terkawal kalau pandu perlahan-lahan.

Sehinggalah semalam, kawan aku tegur, "tayar kamu dah botak dua-duanya." Dan pagi ini, dia whatsapp untuk ingatkan aku (berserta video pasal tayar). Aku periksa...

Yang ini jelas rosak

Tapi aku terpedaya dengan yang ini...

Alamak! Aku terpedaya dengan pandangan luaran sahaja. Aku patut lihat luar dan dalam sebelum buat kesimpulan.

Apa yang menyebabkan tayar cepat rosak / haus?

Biasanya, tayar boleh bertahan sehingga 40,000km atau lebih atau 2-3 tahun (penggunaan biasa). Kalau kurang daripa itu, mungkin ada sebab teknikal yang lain.

  • Sebab utama: penjajaran (wheel alignment) tidak standard. Atau bahasa mudahnya, 'alignment dah lari'. Jika penjajaran lari, bunga tayar akan cepat haus. Kadang2 kesannya boleh mula nampak dalam sebulan. Ia seperti tapak kasut yang haus jika cara berjalan tidak betul.
  • Tekanan angin dalam tayar tidak ikut standard. Bahasanya mudahnya, 'tayar lembik'. Kalau tayar dibiarkan lembik, bukan setakat bunga tayar yang haus, tayar boleh merekah dan rim aloi boleh rosak / bengkok jika terlanggar lubang atau bonggol.
  • Kerap memecut atau membrek dengan keras. Kalau boleh, elakkan amalan ini kerana selain tayar cepat haus, ia membazir petrol.
  • Pandu di jalan raya yang rosak. Gerigis tajam pada tebing lubang dan kerikil granit yang bersegi akan cepat merosakkan tayar.
Tapi yang utamanya, keraplah tengok-tengok tayar. Cuba cari kesan haus, jika ada. Dan buatlah alignment dan balancing kerap2 (6-8 bulan atau 15,000km - 20,000km sekali).

Jangan jadi macam aku. Sepatutnya 2 tayar belakang itu boleh diguna lagi setahun lebih tapi terpaksa tukar. Dengan harga tayar yang mahal dua ke tiga ratus sebuah, aduhh....


.

8 comments:

ewanthology said...

boleh cuba survey harga sime tyre .. dengarnya lebih murah dari yang lain dlm RM150-RM175.

Nizam.Ariff said...

Ewan.
Aku guna Kumho...RM150 gak...boleh la utk jln jarak dekat.

Rapunzel Cikilolo said...

huhu.

aku selalu jadi mcm ni sekitar dua tahun lepas.

lps tu, aku ganti dengan tayar second juga.

bila dah lima enam kali ganti, sampai dah rasa pandai tolong acik mekanik tayar pilih tayar second yang baik sikit lah.

sebab nak tukar tayar ori tak berkemampuan masa tu.

pengalaman-pengalaman.

Nizam.Ariff said...

Rap.
Kena jaga..klu dah rosak, rugi ooo

aizamia 3 said...

Bila baca entry ni.. dan dan terus p check tayar.. terbongkok2 melihatnya. Nasib baiklah dalam garaj rumah.. takdelah selekeh org tgk.. hahaha..

Nizam.Ariff said...

Aiza.
Baguslah tu... Tayar adalah komponen penting utk keselamatan...

ASH said...

Aku dinasihatkan untuk tukar 2 tayar kereta bahagian belakang..tunggu bernafas jap. Hujung tahun ni..

Nizam.Ariff said...

Ash,
Grounded ler dulu... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com