Saturday, August 6, 2011

Pecal dan aku... payah untuk dipisahkan...

.



Jam baru pukul 3.30pm tapi aku dah mula melangut tak tau nak buat apa. Cuaca yang paginya redup dan rembas dengan embun syurga, perlahan-lahan meruap meninggalkan bumi kembali merekah panas. Bahang.


Aku ke pekan Jasin, tujuan utama ialah bazaar ramadhan berdekatan dengan stadium cilik kemetot. Tahun lepas tapak bazaar ramadhan di situ kecoh apabila dilanda ribut sampai ada yang meninggal dunia. Ya, itulah tempatnya.


Aku tak tahu nak beli apa. Kalau aku tahu pun, aku tak pasti sama ada kualiti rasa dan penyediaannya menepati sasaran minimum aku. Aku mulakan dengan murtabak daging (2), kemudian aku tanya brader yang jual murtabak itu, gerai mana yang jual popiah goreng yang sedap? Dia tunjukkan.


Aku beli popiah sardin dan sayur (6), kemudian aku beli air tebu tanpa ais (2), kemudian Mama beli Kuih Cara Berlauk versi saiz bahulu kemboja (1), terkejut aku tengok nafsu Mama!


Sebelum balik, aku terlihat sebuah gerai yang masih menyusun-nyusun barang jualannya. Aku lihat dan aku kenal pecal, kerana aku dapat lihat jantung pisang rebus dan pucuk ubi rebus. Aku pesan sebungkus pecal.


Sedang elok kakak itu menyusun sayur-sayur dalam bekas polistyrene, aku tanya dia.

" ini pecal edisi Jawa ke kak..? "

" iyo... pecal Jowo..." jawab suaminya yang masih sibuk menyusun barang-barang.


Aku lihat kakak itu tersenyum-senyum. Aku tanya lagi, " betul ke kak...? "

"... dia orang Jawa.... tapi mak bapak dia orang Melayu.." jawab kakak tu.

" Ooo.....  " balas aku ringkas.


Beberapa saat kemudian, aku terpikir kalau mak bapak orang Melayu, macam mana anak boleh jadi orang Jawa? Hish.. ada yang tak kena nih.



Kemudian aku terlihat budu masak dan kelapa parut di atas meja.

" akak jual nasi kerabu juga ke  ? " aku tanya lagi.

" iye... ada jual nasi kerabu.." jawabnya.

" Akak orang Kelantan ke ? " tanya aku jujur.


Akak tu tersenyum lagi, " akak orang Pahang..."




Pening kepala aku kalau macam ni... aarrghhhhh!!!!!!







.

23 comments:

Linda said...

Jawa pahang tu...
Pecal, aku buat sendiri je la...

Nizam.Ariff said...

BK,
pecal kalau tak ada kencur bukan pecal namanya... kalau setakat kuah kacang, aku tak nak...

Linda said...

Soli sikit arrr...
Wa buat itu sambal pecal misti taluk itu daun kencur looorrr

aza ni said...

aku teringat kali pertama pecal lele..aku tibai 3 bungkus...keli dia yang aku baham...

aza ni said...
This comment has been removed by the author.
aza ni said...

bk uou jual tak pecal you...kita suka kacang kasar, kacang panjang, togeh,kobis, tahu,tempe dan keropok...

aza ni said...

lalu sikit nizam...

Nizam.Ariff said...

bk,
lu Jawa ? hahahaa....
Jamuan raya nanti lu bawak opis arrr..


Azani,
Pecal lele aku rasa macam tak boleh masuk la... hanyir tak?

tasekM said...

aku syak si jawa tu anak angkat la...


oit.
mengomen pukul 9.01.
tak pi terawih eh...?




kak pahhhhhhhh....
ehem.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Waaaa......!!!

Owang dah buat tadi la...lepas Isya'.

betul kakpah...

tasekM said...

apsal cepat no?
aku buat 8 rakaat pun balik pukul 9.30...



.

Nizam.Ariff said...

TM,
laaa... aku semayang sowang2, bulih ejas panjang pendeknya. Eh, pesal 9.30 dah balik? biasanya kalau 8 rakaat pun mau dekat kul 10 gak baru balik. Ko g Mydeen ke hapa ni?

tasekM said...

ntah la beb.
kot2 pukul 10.
tak pernah plak sampai umah aku tgk jam.
tapi lebih kurang gitu la...

yg pasti.
pukul 9.01 tak siap lagi aaaa...
ko terawih 4 rakaat eh..?

:p


.

Nizam.Ariff said...

TM,
terawikh 8 la... 3 witr...
aku buat lepas aku komen tu aaa... aku buat dari kul 9.04 sampai kul 9.25.

tasekM said...

ye.
ye.

caye.
caye....



.

Nizam.Ariff said...

TM,
legaaaaa..... heheh.

aza ni said...

jom kita sembahyang kat masjid tepi subaidah nak?

Nizam.Ariff said...

Azani,
tak bleh... aku anti sosial... aku naik honda je, kecik... mana nak bandingkan dgn Naza ada sunroof dan Merc tanpa bumbung atas...

aza ni said...

zam anti sosial pun boleh jadi imam, aku makmum....nak?

aza ni said...

honda ke hapa ke , itu kan keinderaan....ngeteh tak kira kereta....

Nizam.Ariff said...

Azani,
kena kia kereta la... abis tu nak pegi camana.? hahaha

sindiketsulit said...

nih pesen yg meniaga di bulan ramadhan je kot?

Nizam.Ariff said...

Ros,
aku syak la kut... tapi dia tipu... tak ada rasa kencur (cekur)... macam kuah kacang jer.. pecal Melayu!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com