Tuesday, December 26, 2017

Lensa hati

.

Melihat kehidupan ini dari atas kayangan,
tak serupa jika dilihat dari atas tanah.

Di atas tanah, pandangan mata tak jauh mana
lontaran penglihatan ada hadnya
Tak banyak yang boleh disimpulkan
dan kalau disimpulkan pun, kesimpulan
itu mungkin tak mencakupi banyak perkara.

Kalau dipandang dari atas kayangan,
horizon penglihatan jadi lebih jauh,
lebih luas dan meliputi banyak perkara.
Seharusnya lebih mudah difahami.

Tapi untuk melihat dari atas kayangan
perlukan mata hati, dengan lensa yang
jenih dan murni.

.

2 comments:

SmBotak said...

melihat dari aras bawah akan lebih mendekatkan dengan siapa asal kita sebenarnya sebagai "hamba".

teringat satu scene drama lakonan takuya kimura dengan takako tokiwa dulu (tajuk lupa). si takuya pernah membongkokkan badan sebelah dengan awek dia yang guna wheel chair. bila ditanya kenapa, dia jawab "untuk melihat dunia dari sudut pandangan beberapa kaki lebih rendah". haha, dulu aku pernah layan drama jepun kat ntv7. zaman di mana anak-anak muda korea belum jumpa jalan untuk menawan dunia dengan muzik.

Nizam.Ariff said...

SM.
Oo..itu bukan ke zaman2 O-shin? Hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com