Wednesday, December 27, 2017

Memori Daun Kesom yang tumbuh di tepi sungai

.
Aku suka Nasi Kerabu.
Salah satu sebabnya: ada daun Kesom.


Entahlah bagaimana, aroma daun Kesom itu mampu menghanyutkan aku ke zaman silam. Zaman di mana pokok Kesom banyak tumbuh liar di tebing sungai mati (backwater), Kesom itu gemuk dan menjalar ke gigi air yang mengalir lesu. Sungai mati (backwater) itu adalah sistem pemparitan untuk mengumpul air buangan sawah padi dan menyalirkannya ke sungai utama.

Apa yang ada di sungai mati?
Apabila tiba musim menuai, paras air di sungai mati akan surut kerana sawah padi telah dikeringkan. Kalau penuh, airnya hapus kepala jika berdiri. Bila musim menuai, airnya separas pinggang malah ada tempat-tempat tertentu separas lutut sahaja. Ini menyebabkan ikan terkumpul di lubuk-lubuk.



Kenapa dengan pokok Kesom?
Selain daripada ikan, udang pun ada. Udang galah biasanya di dasar sungai (lubang/kayu terendam). Tapi, ada sejenis udang yang kami panggil Udang Sampah (sebesar jari). Ia biasanya tinggal di celah-celah batang Kesom yang berselirat dan terendam di gigi air.

Apakah memorinya?
Ada teknik menangkap udang ini. Aku perlu berendam di tepi sungai sambil kedua-dua tangan disaukkan di bawah batang-batang Kesom yang berbelit-belit di dalam air, kemudian diangkat perlahan-lahan sehingga melepasi paras air dan rapat ke muka. Ketika inilah bau wangi daun Kesom menusuk hidung!

Perhatikan betul-betul: sesungut merah dan hitam, atau ada pergerakkan. Jika ternampak udang, cepat-cepat pekup dengan tapak tangan (satu tangan di atas, satu lagi di bawah batang-batang Kesom).

Awas!
Bukan hanya udang yang tinggal di celah-celah batang Kesom. Ada juga belut dan anak ular belang-belang hitam dan kuning (Ketam Tebu?). Debaran memuncak. Itu sebabnya kena angkat perlahan-lahan dan mata yang awas... agar tak ada yang terkejut dan melatah!


Setiap kali melihat / makan daun Kesom, aku akan teringat momen-momen itu.

.


4 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

aku hanya suka daun kesum dalam laksa.

sekian.

huhu.

Nizam.Ariff said...

Rap.
Kantan dlm laksa pun sedap ...

sudipVSsenduk said...

benda wajib dalam asam pedas johor

Nizam.Ariff said...

SvS
Oooo....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com