Satu ketika dulu aku ada ambil sebiji batu leper sebesar tapak tangan. Ia sejenis batu sungai (granit). Tujuan aku: dibuat bertungku. Batu sungai dapat menyimpan haba lebih lama berbanding tahi besi (cast iron).
Untuk elakkan kulit dari rasa perit terbakar, sila cuba cara ini:
- Bakarkan batu di atas api 2-3 minit pada kedua2 belah.
- Basahkan tuala kecil dengan air.
- Balut batu yang telah panas dengan tuala basah. (Jika ada bunyi berdesir, batu terlalu panas!)
- Balut lagi dengan sehelai kain bersih (kain batik) dan punjutkan untuk senang diangkat/pegang.
- Mulakan bertungku.
Ia akan ambil masa 10-20 saat untuk wap panas dari tuala lembab itu keluar.
Bertungku dengan cara ini akan mengelakkan kulit dari rasa pijar dan kering. Malah, rasa hangat dari wap air akan lebih menyeluruh.
Pada yang lebih kreatif, boleh lapiskan batu panas dengan daun-daun herba sebelum dibalut tuala basah. Kalau mahu wangi, tuala basah itu disiram dengan air ros.
Ada yang guna cara moden (tungku elektrik), ada yang guna cara air panas dan juga yang nak senang, guna seterika elektrik. Masing2 ikut mana yang selesa. Tapi mungkin kulit akan terasa pijar.
.
No comments:
Post a Comment