Saturday, May 26, 2018

Peniaga cendawan Ramadhan

.
Ada banyak peniaga pasar Ramadhan yang berniaga sebulan mahu untung setahun.

Rata2 mereka ini peniaga yang muncul hanya pada bulan Ramadhan.

Aku lebih suka pada pekedai yang konsisten berniaga dalam dan luar bulan Ramadhan.

Mereka lebih fokus kepada pelanggan lantaran kelangsungan perniagaan di luar Ramadhan.

Dan mereka ada pengalaman dan perkakasan untuk membuat dan menyimpan bahan masakan berbanding peniaga bidan terjun.

.

4 comments:

SmBotak said...

tips untuk diri sendiri, tapi tak pernah guna sebab dah hampir 10 tahun boikot. kalau nak membeli kat pasar ramadhan, pastikan peralatan yang diorang guna tu bukan nampak sangat baru dibeli. bermakna mereka ini adalah golongan peniaga tetap di luar bulan ramadhan. pasti harga dan rasa pun tak jauh beza berbanding kebiasaan.

Hans Hanis said...

setuju
tetapi alhamdulillah sekarang walaupun ada yang baru meniaga tetapi makanan mereka sedap-sedap juga
hehee

aizamia3 said...

Lebih rela balik rumah masak walau hanya menu yang simple.

Nizam.Ariff said...

SM.
Itu petua yg bagus...!!

Hans.
Pertolongan AFC dan youtube kut...?

Aizamia.
Air tangan bini juga yg sedap....hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com