Saturday, July 14, 2018

Harnessing Dark Energy from 'Dark Matter'...for human consumption

Perghh...tajuk!!! Thesis PhD pun tak macam tu.

Aku terpanggil untuk menulis artikel ini setelah menonton filem Transformers - Edge of Extinction, apabila Lockdown menjana-naik enjin Dark Matter pesawatnya untuk berlepas ke angkasa. Aku tertunggu-tunggu babak tersebut kerana aku nak tahu apa imaginasi penulis/pengarahnya tentang enjin dark matter dan bagaimana ia berfungsi.

Dalam filem itu, dark matter dijana (atau dituai /harvest) di dalam satu kebuk sfera yang berputar. Disyaki kebuk itu menghasilkan daya elektromagnet yang kuat bertujuan untuk 'menarik' dan mengumpul dark matter ke tengah2 kebuk (pesawat itu juga menggunakan daya elektromagnet yang kuat untuk mengapungkan dan menghempas besi2 i.e. kapal, kereta di babak2 akhir).

Dalam filem itu ditunjukkan dark matter yang terkumpul berupa asap hitam keunguan, berputar seiring dengan percikan2 plasma berapi (sama seperti mimpi aku hari itu 😁). Bagaimana dark matter itu ditukar kepada tenaga, tidak ditunjukan. Sistem enjin dark matter juga tak ditunjukkan.  Tetapi tenaga yang terjana olehnya sungguh mengagumkan, apabila pesawat sebesar itu berlepas dengan pecutan yang tinggi. Mungkin setanding dengan Warp Drive yang dijana dari letusan matter-anti matter. Namun kedua2 jenis enjin (secara teori) berfungsi dengan cara berlainan. Warp Drive menggerakkan pesawat dengan memanipulasi space-time fabric (teori berasaskan efek graviti di dalam String Theory). Manakala enjin dark matter masih menggerakkan pesawat secara kinetik. Oleh sebab itu, aku berpendapat teknologi Warp Drive masih mendahului teknologi Dark Matter Engine...

Tapi bukan perbandingan teknologi yang aku minat. Aku berminat untuk menulis tentang Dark Matter.


...bersambung.
.

3 comments:

ewanthology said...

dalam filem, macam2 boleh buat :-)

ejulz said...

terbaek.. imaginasi teknologi yg begitu tinggi.. xda yg mustahil :)

Nizam.Ariff said...

Ewan.
Ya...tapi buat berdasarkan teori

Ejulz.
Semoga teori itu berasas...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com