Thursday, May 8, 2008

Jalan2: Teduh...


Apa yang istimewa pada pokok ini???
Tiada. Mungkin tidak ada bagi seseorang, tapi agak istimewa bagi aku. Itulah tempat aku tambat kuda api, tempat dia berehat, tempat dia meragut rumput ketika menunggu aku balik. Berpanas, berhujan, kuda api aku tetap tertambat.
Tapi, suatu hari itu, ada sesuatu menguit-nguit di antara dahan-dahan dan daun-daun pokok itu. Orang lain tidak perasan, tapi kuda api aku terasa ada sesuatu. Ada sesuatu tergedik-gedik di atas pokok itu. Tidak lama selepas itu, benda itu mulai turun, perlahan-lahan, dari dahan yang paling atas. Pokok itu pun mulai bergoyang. Benda itu meluncur turun seolah-olah memegang seutas tali.
Kuda api aku pun menjerit-jerit. Benda itu turun cuma sejengkal darinya, sebelum datang seekor burung menyambar ulat beluncas itu.
.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com