Tadi. Aku ditarbiah oleh NatGeo dalam TV. Pasal Jirim Gelap & Tenaga Gelap (Dark Matter & Dark Energy).
Dulu. Aku selalu korek ilmu-ilmu sebegini. Dulu. Theoritical Physic menjadi paranoia.Aku. Bukan mengagongkan para Saintis abad 20. Walau aku tahu. 3 generasi kuasa pemikir agong telah berlalu. Pertama, zaman Greek dan Yunani. Kedua, zaman kebangkitan Islam ( aku kata kebangkitan Islam, bukan zaman Islam sebab ramai kata Islam adalah agama Tuhan dari zaman mula Manusia sampai akhirat. Zaman kebangkitan Islam merujuk kepada Muhammad dan umatnya sehingga beberapa ratus tahun, sebelum Mongol menyerang Baghdad). Dan. Ketiga, zaman kebangkitan Barat, yang mencetuskan revolusi industri di Eropah sehingga abad 20. Ada orang kata, abad 21 adalah generasi ke-4, kerana banyak pengetahuan sains yang dulunya hanyalah sekadar teori dan falsafah, kini dapat dilakukan.
Aku. Korek ilmu-ilmu begini. Bukan sekadar mencari jawapan. Bahkan, mencari kebenaran.
Dulu. Masa aku tingkatan 3. Cikgu Abd Rahman (ahli fizik nuklear, yang pernah ditawarkan bekerja dengan NASA, tapi menolak kerana tahu ia berkenaan dengan persenjataan, yang pastinya untuk peperangan menentang Islam). Dia ada bagi tau aku. Secara peribadi. Kalau aku teruskan juga, aku akan jumpa persimpangan dan aku akan jadi salah satu. Aku tanya, simpang apa? Dia kata, sama ada menjadi sekufur-kufur manusia ATAU menjadi muslim sejati.
Aku. Cakap kat dia. Aku akan teruskan sehingga aku jumpa simpang tu. Barulah aku akan tentukan.
Untuk itu. Aku penuhkan segala ilmu pendinding yang perlu. Ilmu yang bersinar dengan sendiri. Yang menjadi rujukan. Yang menjadi 'marking point'. Umpama rumah api di pantai. Menjadi pedoman para pelayar yang berlayar dalam malam yang gelap. Ya. Melayari Theoritical Physic seumpama berlayar di lautan gelap dalam malam yang pekat. Segalanya adalah teori, yang disokong oleh teori yang lain, yang terhasil daripada teori yang lain pula. Kalau goyah teori yang asas, maka runtuhlah segala teori yang tertegak di atasnya. Sama macam mengebom ground floor KLCC.
Semakin banyak aku terokai. Semakin banyak persoalan yang timbul. Pelik. Memang pelik, kerana kebanyakkan jawapan yang aku dapat, datang dari Al-Quran. Kepada sesiapa yang menelaahnya (bukan membaca tapi menelaah, kerana kalau setakat membaca, burung Kakak Tua pun tau kalau diajar hari-hari) akan dapati, kebanyakkan kesimpulan wujud di dalamnya. Janganlah berharap keluar jawapan sebijik. Dah tentu istilahnya lain, tapi yang penting ialah konsep asasnya.
Dark Matter? Dark Energy?Kenapa wujud istilah ni? Sebab saintis pelik kerana sebahagian teori-teori mereka tidak disokong oleh apa yang mereka lihat. Sampai sekarang, mereka mengaku yang mereka hanya baru mencakar permukaan luar sahaja. Aku tersenyum sepanjang 1 jam itu.
Mereka meletakkan istilah 'Dark' sebab mereka tak tahu, tak nampak jirim tu. Bukan sebab jirim tu warna hitam atau gelap. Tapi sebab mereka rasa benda tu ada tapi tak tau apa bendanya. Sama macam Isaac Newton percaya adanya Graviti.
Aku masih tersenyum, kerana bodohnya mereka mengatakan Dark Matter. Kalaulah mereka tahu, Dark Matter yang mereka kata itu sebenarnya adalah benda yang paling terang. Mereka hanya fikir bahawa seseorang hanya boleh bersembunyi dalam gelap. Mereka tak sedar bahawa seseorang juga boleh bersembunyi kalau terlalu terang. Bak kata Orang yang dari Seberang itu:
Paku bukan sebarang paku,
Paku datang dari seberang,
Aku mencari Aku di dalam aku,
Rupa-rupanya Aku sembunyi di dalam terang.
Aku masih tersenyum...
.
No comments:
Post a Comment