.
Kadang kala kita (aku) terlalu taksub dalam memandang masa hadapan. Oleh kerana terlalu memikirkan masa hadapan, kita (aku) terlupa masa sekarang.
Kita (aku) selalu dianjurkan untuk memandang jauh ke hadapan. Apabila memandang jauh ke hadapan, dikatakan perancangan dapat fikirkan secara berhati-hati dan mendalam kerana masa masih ada banyak masa lagi. Bukan sudah terantuk baru terngadah. Tak bagus, katanya.
Oleh kerana terlalu memikirkan masa hadapan, segala pelan untuk masa hadapan akan dilaksanakan... dan hari-hari yang mendatang akan dipenuhi dan disibukkan dengan perlaksanaan pelan tersebut.
Lupakah kita (aku) yang kita (aku) ada hari ini?
Sekarang ini? Pada masa ini? Detik ini?
Adakah kita (aku) sanggup biarkan ianya berlalu begitu sahaja tanpa kita (aku) nikmati?
Patutkan kita (aku) 'korbankan' masa sekarang demi masa hadapan yang kita tidak tahu akan jadinya?
Kalaulah dibiarkan sekejap masa hadapan itu kekal di hadapan
dan kita pejamkan mata sejenak untuk menyedut bau hari ini... wangi, busuk, lemak, masin...
hanya sejenak pun cukuplah... sementara kita mempuyai hari ini sebelum ia bertukar menjadi semalam
nikmati kurniaan yang sekejap ini... lupakan tentang masa hadapan.
Supaya nanti kita (aku) tak menyesal kerana terasa rugi apabila hari ini berlalu pergi
tanpa kita (aku) rasainya, hayati sepuas-puasnya...
Adakalanya, peribahasa 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' itu amat bermakna
kerana bagi sesetengah orang (aku), peribahasa ini mengajarkan agar jangan dilupai hari ini,
kita ada hari ini.... dan jangan terlalu memikirkan masa depan sehingga kita kehilangan hari ni.
.
14 comments:
kita terlalu memandang masa hadapan setelah terciptanya sistem kewangan (yg fraudulent.!)...
.
sekiranya kita tidak terlalu memikirkan pembayaran untuk perbelanjaan masa hadapan, maka kita tidak tertangkap oleh merancang untuk memaksa diri untuk berfikir tentang masa hadapan (perbelanjaan masa hadapan...!)...
padahal, sekiranya kita layan kehidupan hari dalam wirid yang termampukan oleh kemampuan kita, maka, masa hadapan itu tertanggung dengan sendirinya...!
eh, jd aku pulak yg tulis panjang eh.!
dah lewat malam, bang.! ko tak tdo lg ker.?!
Itulah hikmahnya surah 'Al-asr"...
Pukul piro tangi ne kuwi...wes pukul sepuluh iki kok isek senyep. Srengnge wes duwor loh!
Eh...srengenge lah...
Pukul piro tangi ne kuwi...wes pukul sepuluh iki kok isek senyep. Srengnge wes duwor loh!
sepa,
ya.. ya.. utlah yang aku maksudkan.
kita terperangkap dalam sistem yang ada.... berlepaslah dari sistem-sistem ini....
ummuaidan,
ya... beringat-ingat.
kita semua telah dijamin pasti rugi...kecuali...
cklah,
wes tangi pokol nenem sepoloh menit, lebar solat soboh arek joging karo arep... ah penasaran... turu balikla.... hahaha
aku kais malam..tak pun aku start kais pagi, berterusan sampai jam 2 pagi..mengalahkan mak ayam lain la dok mengais...
LW,
kais-kais tak jumpa.. .kais-kais tak jumpa apa-apa... lagi haru daripada kais malam jumpa esok paginya.. hahaha
jalani apa yg ada pada saat ni bagi persedian meneruskan hari esok..
kadang2 sesekali kita kena menoleh ke belakang untuk melihat apa langkah seterusnya untuk menghadapi masa depan..
ok aku melalut...haha
jalani apa yg ada pada saat ni bagi persedian meneruskan hari esok..
kadang2 sesekali kita kena menoleh ke belakang untuk melihat apa langkah seterusnya untuk menghadapi masa depan..
ok aku melalut...haha
cik kaki ketawe,
aku kerap juga berkata, untuk melompat lebih jauh ke depan, kita perlu undur beberapa langkah ke belakang untuk mendapatkan lajak yang cukup untuk melompat...
untung untung jumpa mas takpun minyak
azani,
tak cukup dalam kais tu...
Post a Comment