Monday, August 18, 2008

Jalan2: Malam penuh bahang

Malam Sabtu lalu. Aku dijanjikan dengan topik mengeteh yang berbahang oleh Mun.

Aku mencemar duli turun ke Bangi untuk join acara 'mengeteh' edisi Bangi. Atas saranan kawan, yang katanya menghormati sumpah bumi Kyoto, tak pasang aircond sepanjang jalan. Itulah permulaan perjalanan Malam Penuh Bahang...

Lebih bahang lagi, tak sangka setiap simpang di Bangi, hatta simpang untuk ke lorong kecik pun ada traffic light. Terhenjut-henjut kereta Sam sebab malas nak tukar gear dua sebab traffic light rapat sangat.

Sesatkah kami?
Cafe pertama yang aku masuk penuh dengan mergasTua malam yang hinggap untuk mengkuyukan mata yang penuh maskara. Emm..lagu-lagu era 70an dan 80an, termasuk dangdut lapuk menjadi soundtrack cerita-cerita kami. Suara perbincangan bersaing dengan suara lampau tune dari penyanyi-penyanyi karaoke yang tak bertauliah.

Kami pindah tempat lain.

Barulah sunyi sikit.

Brader sebelah tu, aku rasa bukan sebarang orang. Rambut di ketam kemas. Walau pakai T-shirt dan jeans, tapi aku sempat lirik dua-tiga kali kat kasut dia. Hitam dan berkilat. Tak macam orang mengeteh kat kedai mamak. Aku cuak juga, sebab topik malam tu memang berbahang. Mun dengan Korok buat-buat tak kesah, cakap kuat-kuat. Aku semakin cuak.




Topik malam tu:

1. Kita tak patut kutuk Petronas, sebab Mun kerja kat Petronas...
Siapa yang kutuk Petronas? Tak ada pun, hatta Anwar Ibrahim. Aku pun tak pasti, kenapa Mun utarakan masalah ni, siap dengan hujah-hujah dan fakta-fakta yang berkaitan arahan/saranan kerajaan ke atas Petronas yang dianggap 'senget' sikit. Tak ada orang kutuk Petronas, percayalah Mun. Orang cuma kutuk orang-orang yang menggunakan Petronas untuk politik masing-masing. Mun tetap dengan pendiriannya, kenapa kami selalu kutuk Petronas, walau kami kata kami tak kutuk pun Petronas.....tak ada...tapi Mun masih keluarkan hujah-hujah berbahang...

2. Hati Mun berbahang setiap kali berurusan dengan kakitangan kerajaan...
Berderai tawa kami. Maknanya, stereotype keatas kakitangan kerajaan masih benar, utuh dan betul sepanjang masa? Ya. Sia-sia je Pak Lah naikkan gaji tinggi-tinggi, hasilnya tetap sama. Union dia orang tak terfikir ke kalau gaji naik lebih, demand dan expectation dari rakyat pun lebih. Kalau tak ada perubahan, baik tak payah naikkan gaji, perabih beras je. Buat penat je kami bayar income tax, kalau dia orang masih herdik pelanggan.

3. Kenapa Bangi lebih bagus berbanding Shah Alam, oleh Mun...
Aku rasa, tu sebabnya Jawe tak dapat datang, sebab nak pertahankan prinsip bahawa Shah Alam lebih baik dari Bangi. Mun dan Korok kata, Shah Alam penuh dengan asap dan sinar-x dari kilang-kilang keluli. Aku rasa, angin monsun bertiup dari Shah Alam ke Bangi, bawak sama asap dan debu. Sama je.

4. Laporan 'operasi risik' oleh Korok pasal politik untuk 3 bulan akan datang...
Classified.
Hanya yang datang je yang tau. Aku pun rasa cuak dengan brader yang duduk kat meja sebelah tu...

5. Golf dan badminton...
Hobi terbaru orang-orang Bangi, agaknya.
Tapi aku dan Sam masih berpegang kepada tradisi lama... bowling dan snooker. Sam akan anjurkan perlawanan bowling bersaudara pada salah satu malam sebelum Bulan Puasa.

Destinasi dan lokasi mengeteh akan datang belum diputuskan lagi...





.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com