.
Hari itu aku ada tulis tentang angkut-angkut yang bersarang di pintu rumah. Angkut-angkut ini seperti tabuan dan penyengat, cuma ia suka hidup menyendiri...tidak bersosial seperti lebah atau tabuan.
Setelah genap satu minggu, hari ini aku ambil keputusan untuk memecahkan sarangnya. Ada dua sebab kenapa selepas seminggu: 1. Kalau dipecahkan awal-awal, angkut-angkut akan tetap bina semula kerana naluri untuk membiak. 2. Aku nak biarkan larvanya membesar.
Sarangnya agak keras kematu. Itulah 'teknologi' konkrit yang hanya menggunakan tanah liat dan air liurnya. Aku tak pasti air liurnya mengandungi propolis atau tak. Kalau ada, mungkin ramai yang ingin bercumbu 'french kiss' sedut dalam-dalam sarangnya. Atau mungkin direndam ke dalam air suam dan diminum.
Aku temui 2 ekor larva yang agak besar dan gemuk. Kalau di kpung dulu, aku akan jadikan umpan pancing. Kadang-kadang aku gunakan anak tabuan tapi untuk mengambil anak tabuan, risiko disengat tabuan adalah tinggi. Kalau larba angkut-angkut, sarangnya ditinggalkan ibunya. Tak ada penjaga...lebih selamat.
Gemuk-gemuk, bukan?
Itulah...ulat dalam batu pun boleh hidup...inikan kita.
Sebenarnya, ibunya ada masukkan sekali makanan segar seperti labah-labah atau ulat kecil ke dalam sarangnya sebagai bekalan makanan. Segar itu bermaksud labah-labah atau ulat itu disengat untuk 'dilumpuhkan' sahaja, bukan membunuhnya....
Ada sesiapa nak makan larva tu? Juicy....yummy..
.
16 comments:
Ewww!! Aku masih geli!
Tata.
Larva tu mcm golden raisin kan?...kan? kan?
yerk....gei tengok, meremang oiwh...
Nang.
Mung hok ameaba tok geli eh..?
Haha
gemuknya..
ada kemungkinan besar kalau kat negara tak ada makanan ni mau diaorg bakar buat lauk..erkkk hehe
Nyanyisunyi.
Tak beracun ke?
akak suka kacau masa masih lembik tu,masa baru2 dibina sarangnya tu..
Kak Kamsiah, kacau ulat tak takut. Tapi tukar gas habis, takut smp terketaq-ketaq eh?
Hehehe.
kamsiah,
boleh buat miniature clay pot... hahaha
Tata,
ish.. tak baik tau...
:)
dah lama tak tengok secara live.
Cinta,
kalau kat kampong, sarangnya banyak di bawah kolong...
nizam! pesal di buang sarang katkut tu.. (err.. org kg aku panggil benda tu, katkut.. nk cepat kan, hahaha)..
kata orang tua2, kalau katkut buang sarang pd pintu, jgn dibuang.. itu maknanya rezeki nak datang masuk.
mak aku la yg bgtau tu. kat pintu depan rumh kitaorg pun, masih ada lg bekasnya. bekas jer la pun. rezeki dh habis dimkn kot. hehe...
Su.
Hah? Takpe...tapaknya ada lagi...hehe
Gulp. Nampak menyelerakan larva tu,huhu..
Dulu kat kampung mmg angkut2 selalu buat sarang dalam lubang plug letrik.
saya nak!
letak garam & lada sulah sikit
LyDS,
Haah... jenuh la nak kena korek dulu baru boleh pasang plag...
SvS,
Hoh???
*gulp*
Post a Comment