Satu hari tu. Dulu. 10 thn dulu.
Habis meeting dan sedikit berperang dengan mamat Perancis ni, dia ajak aku and geng aku makan malam. Ya la. Aku pergi negara dia, dia kena la hormat tetamu.
Masa dia kat M'sia, aku jamu dia macam-macam. Termasuk Durian. Dia tak sentuh pun Durian tu. Tapi dia suka rambutan.
Dia tanya aku. Nak makan apa? Aku cakap apa-apa sahaja yang bukan di darat dan bukan di udara. Dia faham. Tapi, dia ajak makan kat satu restoran milik orang timur tengah. Halal. Aku cakap belasah je. Dia ajak geng-geng dia sekali.
Jadi, nak jadi cerita, sebelum makan dia bawak kita orang jalan jalan sekitar Kota Cinta [aku tak puas. hari ketiga sebelum berlepas ke UK, kami belasah sehari lagi duduk kat Kota Cinta tu].
Masuk kat restoran milik orang timur tengah tu. aku dah nampak asap berkepul kepul dari dapur kebab. Aku hairan, apasal kebab dia macam satay pulak? dia kata itu la kebab sebenarnya, bukan yang kat pasar malam kat M'sia tu.
Dia order kus-kus. Iaitu gandum granule yang di kukus. Makan dengan kebab dan sayur-sayuran. Yang peliknya, dia ajar aku makan kus-kus tu.
Dia kata, sendukkan gandum tu dalam pinggan. Lepas tu taruk sayur-sayuran dan kuah kari dan daging kebab. Kalau nak makan, kena gaul dengan kuah kari dan sayur, baru masuk mulut.
Dalam hati aku. Aku dari kecik makan nasik campur, apa ada hal!
Tapi, sebab dia yang belanja, aku diamkan aje....
[dia orang makan satu per satu. makanan hanya bercampur dalam mulut. tapi, kita orang nusantara campur semuanya dalam pinggan baru masuk mulut]
.
2 comments:
wah bestnya pergi negara orang. takpe. hujung tahun nanti sampai jugak ke negara orang. huhu.
Alina,
Tu cerita lama, 1998... errr..2000 kut sebab masa tu ada euro 2000. Tiket habis, tu sebab kena ambik flight dari Heathrow.
Hujung tahun? wuuiihh...sejuk woo.
.
Post a Comment