Yang dah jadi tetap dah jadi. Tak boleh nak patah balik. Tapi, bila bercerita pasal hero-hero Melayu ini, bermacam-macam teori dah keluar. Tak kisah lah semua tu. Tapi, apa yang sebenarnya berlaku ketika adegan bertikam di istana?
Tak ada siapa yang benar-benar tahu sebab yang ada cuma Tuah dan Jebat atas istana tu. Aku pun musykil macam mana penulis sejarah melayu atau sulallatus-salatin atau hikayat hang tuah boleh tahu. Kalau begitu, aku pun boleh gubah teori aku sendiri. Bermula macam ni:
" Maka segala hulubalang muda-muda itupun pergi menaiki Hang Jebat, seorang pun tiada dapat naik, baru semata dua mata anak tangga, diterpanya oleh Hang Jebat, sekaliannya terjun mencampakkan dirinya ke tanah. Naik ke tangga, diterpa Hang Jebat, melompat balik ke tanah. Naik ke pintu, diterpa Hang Jebat, melompat balik ke tanah jua. Maka ramailah pengawal-pengawal mengepung akan istana itu bersusun-susun, perisainya berlapis-lapis. Maka dilihat oleh Hang Jebat akan rupa pengawal itu umpama ombak pasang, rupa tombak umpama lalang, rupa perisai umpama sisik ikan, rapat-rapat semuanya. Maka hingar-bingarlah bunyi diluar istana menyuruh Hang Jebat turun keluar tetapi tiada mahu ia. Maka didengarnya oleh Hang Jebat, maka diancam olehnya, maka bertempiaran lari semua pengawal sana-sini. Seketika kemudian, datanglah semula seperti lalat menghurung bangkai. Maka dilihatnya pengawal makin banyak, lalu dikuncinya semua pintu, hanya satu pintu yang dihadapan juga dibukanya. Maka perempuan kendaknya itu pun dibunuhnya, dihirisnya dari mukanya lalu ke perutnya dan ditelanjanginya. Maka Sultan bertambahlah murkanya melihat dayang-dayangnya itu dibunuhnya. "
Babak seterusnya (diringkaskan): Tuah & Jebat bertikam.
"Kalaulah Seri nara DiRaja taruhkan tuan hamba, kenapa pula tidak ditaruh pula hamba? Kenapa perlu hamba dibunuh?" HJ.
"Kalau mahu sudah hamba tamatkan nyawamu dari tadi. Bukan kerana Tamingsari itu. Bahkan, si Tamingsari itu hambalah yang bunuhnya" HT.
"Hamba tahu. Kalaulah begitu, marilah kita berbuat muslihat, muafakatlah kita berdua" HJ.
Kalau aku kata mereka ada muslihat. Kalau aku kata mereka bukan saling berbunuhan, siapa yang percaya? Mustahil Jebat yang ditusuk Tamingsari [kalau benar ianya amat berbisa] masih boleh mengamuk dan membunuh semua yang dijumpai sepanjang jalan ke rumah Tuah. Dan, Tuah cuma perlu tanggalkan barutan / balutan luka, maka matilah Jebat. Mudahnya....
Dan kalaulah benar bertikam itu berlaku, agaknya boleh aku syairkan begini:
Kalaulah Tamingsari bertemu Jebat
Tentu ini menjadi bualan panjang
Dan Tamingsari pasti sedih dan hampa
kerana Tuah diberi pinjam senjata.
Walau siapa pun yang memiliki keris lagenda itu, hatta Sultan mana pun, ia tetap milik Tamingsari, kerana ianya ialah keris Tamingsari. Bukan milik sesiapa....
.
4 comments:
aku setuju. sangat.
sebab cerita dari mulut ke mulut nih boleh berubah ubah.
yang suatu masa dulu pun kita tak dapat pasti. kan.
Alina,
Aku syak dari dulu lagi, macam mana Tun Sri Lanang atau orang suruhannya boleh capture babak bertikam atas balai istana, padahal sorang pun tak boleh naik. Tuah pun susah nak naik atas, sampai minta tolong Jebat jangan terpa depan pintu....hmmm kalah Da Vinci code punya konspirasi nih ...
"Ada orang cakap itu Hang Tuah aaa adalah Cina wo!", kata bos aku.
Hahaha
Dug,
Hahahaa..
Aku pun dengar cam tu dari kawan aku sorang ni, siap bertekak kat atas tangga office....hahaha
Post a Comment