Monday, December 8, 2008

Jalan2: Catatan pada dinding


Sebahagian daripada catatan dinding. Boleh baca?



Ceritanya begini:

Sabtu lalu, aku berpeluang balik raya di kampung sendiri. Aku masuk bilik emak, salam sana, salam sini. Tinjau sana, tinjau sini. Tengok mana-mana yang kekal, mana-mana yang berubah. Macam detektif polis pulak. Biasa la tu kalau balik sekali-sekala...

Dulu, aku pun dah sedar tentang tulisan tu. Tulisan jawi arwah bapak pada kepingan papan dinding biliknya. Itu aku tahu sebab setiap kali ada peristiwa penting, dia akan ambil marker pen dan tulis pada dinding tu.


Tapi, kali ini, aku lihat ada kelainan sikit. Ada tambahan sikit. Aku eja sikit-sikit [dengan merangkak-rangkak] setiap satunya. Kebanyakkannya pasal membaja dan menuai.




Tapi yang satu ini agak menyentuh hati....



" Ayahanda Hamdan meninggal pada 13 May 2007"



Salah seorang abang aku telah tulis catatan penyudah kepada semua catatan-catatan sebelumnya.








.

6 comments:

Anonymous said...

itu kelebihan catatan di dinding... boleh buat kenangan hingga cucu cicit... mcm turunnya ilmu silat zaman silam...

Nizam.Ariff said...

Dak Ai,
Rumah tu nanti akan dibaik pulih. Papan-papan tu nanti aku nak ambik, nak simpan baik-baik. Ada nilai estetika tu..

hegira said...

a ah. simpan. untuk anak cucu. arkibkan.

Nizam.Ariff said...

Alina.
Makin lama value makin tinggi tu. Siap-silap boleh lawan Da Vinci Code....

tasekM said...

sila frame kan dinding2 tu... :)



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Pasti aku framekan.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com