Wednesday, February 18, 2009
Jalan2: Ayam, Itik dan telur... mana dulu mampos?
Kawan senior kat tempat keje cakap, Engineering dan Marketing susah nak duduk berbincang. Marketing asyik nak yang bukan-bukan. Kalau boleh, setiap inci customer minta semuanya boleh buat, semuanya boleh dapat. Padahal, dari segi teknikalnya sama ada sukar dibuat atau kos tinggi sehingga Return on Investment pun belum tentu bagus.
Bagi Marketing, 'tuhan' dia adalah end customers. Apa yang diminta perlu ada. Tugas dia adalah menjual. Aku celah, tugas dia sepatutnya buat sales, maknanya kena ada untung. Ok setuju, kata kawan senior aku. Lepas tu, kalau Engineering tak dapat beri produk yang Marketing nak, sales drop akan dipertanggungjawabkan kepada Engineering. Bagi Engineering pula, 'malaikat maut' dia adalah kos. Keuntungan sentiasa menjadi bottom line untuk setiap projek. Kalau pelaburan tak dapat balik, Marketing yang dipertanggungjawabkan.
----->
Aku pernah cakap dengan anak didik aku masa di Engineering. Dalam engineering, aku tak mahu terima jawapan 'Can't do it'. Kalau aku dengar perkataan 'tak boleh', aku baling je balik kertas-kertas dia orang. Dulu, aku pernah lempar report seorang consultant Jepun ke lantai sebab bila aku minta dia buat satu benda tu dia kata 'mustahil'. Bos Jepun dia pun kata susah nak buat. Aku cakap balik, kalau aku boleh buat, separuh gaji dia kena bagi kat aku. Akhirnya, aku design & develop sendiri tapi dia tak kasi pun gaji dia, hampeh!
Seorang jurutera tidak boleh kata tidak boleh. Mesti ada jawapan dan mesti cari penyelesaian alternatif. Dalam hal-hal kejuruteraan dan rekabentuk, mereka perlu fikir macam 'tuhan'. Setiap masalah mesti ada penyelesaian, sebagaimana setiap penyakit ada ubatnya. Ini untuk pastikan kepala mereka tak henti-henti berfikir.
<-----
Kawan senior aku kata lagi, perlu ada Accounting duduk kat tengah.
Hmm...ye la tu. Aku cakap, Accounting dengan Marketing pun asyik bergaduh!
Marketing kata, bagi duit sikit untuk dilaburkan buat sales.
Accounting kata, buat sales dulu dan bila ada untung baru aku kasi duit.
Gaduh la korang... aku malas nak layan.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
err.. anak murid akak selalu gak kata 'tak boleh buat lah ummu'. akak cakap tak boleh kata tak boleh nanti betul betul tak boleh buat.(Eh.. ada kene mengena tak dengan ayam itik nko tu)
hik..hik..hik.. otak akak ni otak tadika. tak sama level dengan otak nko (hikhik..)
nko keje kat mana ha. Anak akak amek injinering kat MMU. lagi satu semester nak habis. Boleh rekomen keje ke.
Alaa...
nizam biasa la. Inilah cabaran koja.
Marketing perlukan wang nak iklankan product terkini dan sensasi. Tak dapat jual..nasib dia la..
Yang Injinnyor pula kena mikir dan buat produk yang orang lain tak pernah buat..( pecah palo nak buat yang lain dari yang lain..biar bezo)..
Yang account pula..korang buat aku kuaor duit..( kemut juga takut membazior..tapi dalam kemut tu korang kena buat YANG TERBAIK..ha ha ha)
sebagai InjinNYOR, engkao buatlah apa yang patut..kalo design engko lain dari yang lain, engko juga dapat Pengiktirafan..GLEMER tuu..he he he..
kalau tidak, engko BUKA kilang sendiri!
Kakpah,
Saya punya cerita pun rasanya tak ada kena mengena dgn tajuk kut..hahaa. Ala, aku keje runcit-runcit je kak. Setahun dua ni, jangan harap nak dapat keje bagus-bagus le kak, even yg dah bertahun keje pun kena ambik VSS (skim pemberhentian paksarela). Aku syor kan dia sambung belajar ambik Master (1thn full time), pada masa tu harap-harap ekonomi dah ok. bole le keje baik skit.
Ashley,
Aku guna dasar berkecuali...
betul. betul. org accounting mmg gitu. ha ha.
.
perlu fikir macam "tuhan"?
entahlah bang. aku seperti kurang setuju yang ini.
tahukah kita yang tuhan berfikir atau tak?
mungkin perumpamaan lain lebih sesuai.
TM,
Kamu memang...tu sebab kamu asyik nak cari gaduh je dgn aku... hahahhaha
Addy,
aku direct guna perumpamaan org putih... ok, aku terima teguran tu. Perlu fikir macam Sultan, mungkin? Dalam kes ini, perlu fikir macam Einstein kut, org pun dah mula buat perumpamaan guna namanya...
orang teknikal memang begitu...
Padelkopak,
Hahahaha....hi-5.
Post a Comment