Di Kedai Kopi Simpang Tiga, Man RELA mengusap-ngusap rambutnya yang kering dan serabai. Senapang patah laras kembar duanya diletakkan atas meja.
Man RELA benar-benar buntu. Fikiran dia dan enam lagi anak buahnya benar-benar dah kusut. Semuanya gara-gara mereka tak dibenarkan masuk ke rumah. Sekurang-kurangnya selama 18 hari. Lama tuuuu!
"Kamu dah cuba cara lain?" Tok Ketua.
Man RELA angguk-anggukkan kepala. Dia mengusap-ngusap senapang patah laras kembar duanya pula, dari hujung laras bawa ke pangkal. Dari pangkal bawa ke hujung semula. Dia sayangkan senapang pemberian kerajaan itu.
"Aku rasa, kamu tak beri cukup rangsangan" Tok Ketua.
"Kamu kena selalu belai dan sesekali belanja dia beli itu, beli ini, barulah harmoni. Barulah tak ada sekat itu sekat ini" Nasihat Tok Ketua yang berpengalaman.
..
Man RELA seolah-olah dapat idea. Dia cepat-cepat hirup baki kopi hitam pekat. Dia cepat-cepat sandang senapang patahnya. Tok Ketua terkejut. Dia mahu ke mana?
"Nak bagi tau anak buah, cepat-cepat hantar pakej rangsangan"
Huh?!
.
12 comments:
Ransangan amende ni Nizam weh?Lain macam ja akak baca...ngeh..ngeh..ransangan pun berpekej ye..
Ps;Jap lagi nak tgk Tasik komen apa hehe
kak lily, kejap. aku pikir dulu. nnti aku komen lain.... hahahaha....
.
bang, itu bukan Man RELA laaaa.... Zam RELA baru tepat. apa ko takut masuk ke dalam ke bang? hahahah...
.
Waterlily,
Cerita dwi-bahasa memang camtu... hahaha
TM,
Aku dah agak dah!'Dalam' mana TM? Hahahaha...hah, tu lah kau!
Itu sketsa je, tak ada kena mengena dengan yg ada kat sini... itu sketsa org Perak...hahaha
Nizam..
AKU TAK RELAAAAA...
ha ha ha.
...garu-garu kepala..
.
.
nak kena panggil hang tuah jugak ke.
Ashley,
Ala... boleh la...ada pakej rangsangan tu...hahahaha
Kakpah,
Hang Tuah dah merajuk kat Grik, tak yah panggil dia...eh, akak masih 'blur' lagi ke? Hahahahaha..
Kak Pah tu makan garam,gula,kicap masin,kicap manis,masak asam lagi awal la Nizammm..
Sajer jer buat buat blurrrrr tu.
Kalau dia nak kona, berring 360 derjah tuu..
Ashley,
Ooooo...buat-buat tak tau rupenye...hehehe
aku kalau bab rangsang merangsang ni memang cepat je bang. haha!
apakah?hehe..
Addy,
Ya, KITA memang mahir bab rangsang-merangsang...hahaha
Princess,
Kamu baca yang tersurat je...
Yang tersirat untuk akak-akak dan abang-abang kamu yang gatal semua ni... yang berselirat aku serahkan kat MB dan Exco Perak sana tu...
Eh, kamu pun tak lama lagi akan jadi gatal gak kan? hahhaha
Post a Comment